Images
  • amrin sultan nazrin
    Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan Amrin Amin bersama Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah. (Gambar: Facebook/ Amrin Amin)

Amrin Amin berucap mengenai perspektif S'pura terhadap perkembangan ASEAN; pupuk kerjasama serantau

BERITAMediacorp: Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan Amrin Amin menyampaikan ucapan dalam perbincangan panel "ASEAN @ 50 and Beyond" awal hari ini (12 Sep).


Encik Amrin menyampaikan ucapan di acara itu. (Gambar: MFA)

Perbincangan itu adalah sebahagian daripada Dialog Pangkor 2017 yang diadakan dari semalam hingga hari ini, menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA).

MFA menyatakan Encik Amrin berucap mengenai perspektif Singapura mengenai ASEAN dan perkembangannya dalam memupuk kerjasama serantau, di tengah-tengah ulang tahun ke-50 ASEAN tahun ini dan jawatan Pengerusi ASEAN yang dipegang Singapura pada 2018.

Di Dialog Pangkor 2017, Encik Amrin juga menghadiri Jamuan Diraja dihoskan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah.

Dalam pada itu, Encik Amrin juga menghadiri jamuan bersama Menteri Besar Perak Dr Zambry Abdul Kadir dan Speaker Dewan Perundangan Negeri Perak Thangasvari Suppiah.


Encik Amrin bersama Pengerusi Wanita UMNO Shahrizat Abdul Jalil. (Gambar: Fcebook/ Amrin Amin)

Kenyataan itu menambah Encik Amrin mengadakan pertemuan dengan para pemimpin negeri Perak dan Pengerusi Wanita UMNO Shahrizat Abdul Jalil semasa dialog berkenaan. 

- BERITAMediacorp/RU/ru

Top