Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Amos Yee dapat suaka Amerika Syarikat

Amerika Syarikat meluluskan permohonan suaka penulis blog rakyat Singapura Amos Yee.

Anggaran Waktu Membaca:
Amos Yee dapat suaka Amerika Syarikat

Amos Yee di luar bangunan mahkamah pada 29 September 2016. (Gambar: Alicia Tantriady)

Diterbitkan : 25 Mar 2017 04:23PM Dikemas Kini : 25 Mar 2017 04:24PM

SINGAPURA: Amerika Syarikat meluluskan permohonan suaka penulis blog rakyat Singapura Amos Yee, menurut firma guaman Amerika yang mewakilinya bagi permohonan itu.

Menurut laman Grossman Law, Hakim Imigresen Samuel Cole membenarkan permohonan Yee selepas beliau merumuskan bahawa Pemerintah Singapura "mendakwa Yee berdasarkan pendapat politiknya".

Hakim juga mendapati Yee dan dua saksinya, salah satu daripadanya Encik Kenneth Jeyaretnam, pemimpin parti pembangkang Parti Reform, "boleh dipercayai" dan pemohon (Yee) mengesahkan bahawa beliau "mengalami penindasan lama disebabkan pendapat politiknya".

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika tidak menyangkal anggapan bahawa Yee mempunyai rasa takut akan didakwa pada masa depan, tambah hakim itu.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika mempunyai 30 hari (sehingga 24 April) untuk memfailkan rayuan.

Jika pemerintah tidak memembuat rayuan, keputusan itu akan menjadi muktamad, menurut firma guaman berkenaan, sambil menambah ia sudah menghubungi Penguatkuasa Imigresen dan Kastam di Chicago bagi memastikan pembebasan Yee.

Ibu Yee, Cik Mary Toh, mengesahkan Disember lalu bahawa Yee ditahan di Amerika Syarikat.

Menurut aktivis sivil rakyat Singapura yang berpangkalan di Amerika Melissa Chen, Yee yang berusia 18 tahun ditahan selepas mendarat di Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.

Yee dipenjara selama empat minggu pada Julai 2015 kerana menghina penganut agam Kristian dan Islam.

Berikutan itu, dia dipenjarakan enam minggu lagi bagi kesalahan yang sama pada September lalu. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan