Images
  • yemen our home MOU
    AlWehdah memeterai MOU dengan UNDP dalam inisiatif "Yemen Our Home". (Gambar: Facebook/Yemen Our Home)

AlWehdah, UNDP ganding bahu bagi inisiatif bantu penduduk Yaman

SINGAPURA: Persatuan Arab Singapura, AlWehdah buat pertama kalinya memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dalam inisiatif "Yemen Our Home".

Kerjasama perintis itu bertujuan menyediakan wadah untuk diaspora Yaman yang berpangkalan di Singapura dan negara-negara lain dalam memberi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Yaman.

"Yemen Our Home" adalah usaha 'crowdfunding' yang disokong UNDP dan menghubungkan diaspora Yaman di Singapura dan negara-negara lain dalam projek-projek kemanusiaan Yaman.

Berikutan krisis di Yaman, sekitar 2.5 juta penduduknya kehilangan tempat tinggal dan lebih setengah penduduknya kekurangan zat makan.  

- BERITAMediacorp/nd

Top
>