Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Alat EpiPen ditarik balik di S'pura selepas kebimbangan adanya kerosakan

Sekelompok alat perubatan EpiPen, yang digunakan bagi merawat tindak balas alahan yang teruk sewaktu kecemasan, sudah ditarik balik di Singapura, menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Rabu (13 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Alat EpiPen ditarik balik di S'pura selepas kebimbangan adanya kerosakan

Gambar fail alat Epipen. (Gambar: REUTERS/Jim Bourg/File Photo)

Diterbitkan : 13 Sep 2017 06:54PM Dikemas Kini : 13 Sep 2017 06:57PM

SINGAPURA: Sekelompok alat perubatan EpiPen, yang digunakan bagi merawat tindak balas alahan yang teruk sewaktu kecemasan, sudah ditarik balik di Singapura, menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Rabu (13 Sep).

Tindakan tersebut dibuat kerana beberapa aduan di Amerika Syarikat bahawa pengeluar alat tersebut, Meridian Medical Technologies, gagal untuk membuat siasatan teliti tentang masalah-masalah di kemudahannya di Missouri, yang menyebabkan kepada kerosakan pada EpiPen.

Menurut surat amaran awal bulan ini daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat, terdapat lebih daripada 100 aduan yang diterima yang menyatakan bahawa alat tersebut rosak ketika digunakan pada waktu kecemasan yang mengancam nyawa, termasuk situasi-situasi di mana pesakit meninggal dunia.

Syarikat itu, anak syarikat gergasi farmaseutikal Pfizer, pada bulan Mac sudah menarik balik puluhan ribu EpiPen di seluruh dunia, selepas dua laporan bahawa alat bagi alahan tersebut gagal untuk berfungsi.

Antara keluaran-keluaran yang ditarik balik ialah 0.3mg/dos EpiPen dan EpiPen Jr 0.15mg/dos, satu keluaran sudah diedarkan di Singapura, kata seorang jurucakap dari HSA.

"Pengeluar sudah mengambil langkah-langkah untuk membetulkan punca utama, termasuk meningkatkan reka bentuk alat penyuntik auto EpiPen, untuk mengelakkan kejadian tersebut daripada berlaku pada masa depan," kata jurucakap itu.

"HSA akan terus mengawasi keadaan dan keberkesanan tindakan yang diambil." 

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan