Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Akan Datang: Sistem ID digital negara

Pemerintah sedang menimbangkan untuk memperkenalkan sistem pengenalan digital negara yang rakyat negara ini boleh gunakan untuk pelbagai khidmat.

Anggaran Waktu Membaca:
Akan Datang: Sistem ID digital negara

Latar langit Singapura. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 26 Feb 2017 06:37PM Dikemas Kini : 26 Feb 2017 06:38PM

SINGAPURA: Pemerintah sedang menimbangkan untuk memperkenalkan sistem pengenalan digital negara yang rakyat negara ini boleh gunakan untuk pelbagai khidmat, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Ini sedang beliau berpendapat bahawa Singapura tidak "bergerak pantas seperti yang diinginkan" dalam usaha menjadi Negara Bijak.

Antara skop yang harus diperbaiki adalah pembayaran elektronik dan pengangkutan.

Sistem SingPass yang ada kini tidak cukup menyeluruh - ini kerana walaupun ia digunakan untuk mendapat akses kepada khidmat Pemerintah, ia tidak digunakan di khidmat sektor privet dan juga hospital-hospital yang disusun semula, tambah Encik Lee.

"Kami memerlukan khidmat pengenalan digital yang bagus dan boleh dipercayai... saya boleh menanda tangan, saya boleh mengenalpastikan diri saya, saya dapat mengakses khidmat-kihdmat dengan selamat; dan saya boleh berurusan secara online," katanya, sambil menyebut kad ID elektronik Estonia sebagai satu contoh yang baik.

Kad ID Estonia boleh digunakan, antaranya, sebagai kad insurans kesihatan nasional, bukti pengenalan semasa log masuk ke akaun-akaun bank di rumah dan boleh digunakan untuk membuat tanda tangan digital.

Encik Lee bercakap demikian semalam (24 Feb) di sebuah sidang puncak teknologi tahunan, di mana beliau berucap kepada pakar-pakar inovasi dan gangguan teknologi dari 10 negara termasuk Amerika Syarikat, China, India dan beberapa negara Asia Tenggara.

Transkrip dialog itu dikeluarkan semalam oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Mengenai peranan teknologi di Singapura, Encik Lee menekankan dua lagi bidang untuk diperbaiki - melaksanakan data besar kepada bidang pengangkutan dan sistem pembayaran teknologi yang lebih baik.

"Kita belum lagi di peringkat yang diinginkan jadi dapat kita melakukan pembayaran tanpa wang di pusat penjaja, kedai-kedai, dan antara insan," tambah beliau. 

Sumber : Today/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan