Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ahmad Huzaifah dipilih wakili negara dalam sukan lawan pedang di Sukan SEA ke-29

Sukan yang menjadi kegemarannya ialah bola tampar dan beliau sudah meminati sukan itu sejak di sekolah rendah lagi.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sukan yang menjadi kegemarannya ialah bola tampar dan beliau sudah meminati sukan itu sejak di sekolah rendah lagi.

Namun, atas dorongan ibunya, Ahmad Huzaifah Saharudin, mula berjinak-jinak dengan sukan lawan pedang di Sekolah Sukan Singapura.

Atas bimbingan jurulatih warga Jerman, Ahmad Huzaifah dipilih mewakili negara untuk bertanding dalam Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur, Ogos ini.

Ahmad Huzaifah, 17 tahun, adalah antara empat muka baru yang akan mewakili negara dalam sukan lawan pedang.

Lebih membanggakan lagi, pelajar tahun pertama jurusan pengurusan sukan dan riadah di Politeknik Republic ini merupakan satu-satunya anak Melayu dalam pasukan negara seramai 12 atlit.

"Proses pemilihan untuk sukan SEA ini, tidak senang kerana ia memerlukan kami membuat terbaik dalam semua pertandingan yang kita masuki. Jadi Alhamdulillah saya mendapat cukup markah untuk dipilih untuk mewakili negara dalam sukan SEA," kata atlit lawan pedang itu

Bakatnya yang semakin menyerlah menarik perhatian Ralf Bissdorf, bekas pemenang pingat perak di Sukan Olimpik Sydney 17 tahun yang lalu.

Atlit muda ini amat terhutang budi kepada bekas jurulatih Sekolah Sukan Singapura itu yang tidak putus-putus meyakinkan beliau bahawa sukan inilah yang akan menyerlahkan bakatnya.

"Dia sekarang berada di Amerika Syarikat. Dia yang memillih saya masuk ke sekolah sukan dan saya mahu menunjukkannya yang dia tidak membuat pilihan salah dalam memilih saya masuk ke sekolah sukan," kata Huzaifah.

Sebagai persiapan Sukan SEA, Ahmad Huzaifah menimba pengalaman bertanding di Hong Kong Jun lalu dan kini sedang giat berlatih di China.

"Saya akan cuba membuat penampilan pertama yang baik untuk diri saya dan akan cuba sedaya upaya saya untuk berjuang untuk negara," tambahnya.

Pasukan sukan lawan pedang Singapura meraih 3 pingat emas, 3 perak dan 7 gangsa di Sukan SEA yang lalu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan