Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AGM pertama One Canberra bakal diadakan di Chong Pang CC dengan kos sekitar $8,000

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pertama kondominium One Canberra akan diadakan di Kelab Masyarakat (CC) Chong Pang.

Anggaran Waktu Membaca:
AGM pertama One Canberra bakal diadakan di Chong Pang CC dengan kos sekitar $8,000

Kondominium One Canberra di Yishun. (Gambar: Hyoungwoo Kim/Facebook)

Diterbitkan : 22 May 2017 07:33PM Dikemas Kini : 22 May 2017 07:34PM

SINGAPURA: Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pertama kondominium One Canberra akan diadakan di Kelab Masyarakat (CC) Chong Pang.

Ia dijangka menelan belanja sekitar $8,000, kurang separuh daripada anggaran awal sebanyak $19,000.

Perubahan itu berjaya dilakukan setelah mesyuarat berkenaan ditangguhkan kepada 24 Jun.

Ejen pengurusan kondominium itu Realty International Associates memberitahu Mediacorp bahawa satu mesyuarat dalaman diadakan pagi tadi (22 Mei).

Ini menyusuli satu catatan di Facebook AP GRC Nee Soon K Shanmugam yang mengutarakan keprihatinan penduduk terhadap kos tinggi AGM tersebut.

Encik Jackson Ong, naib presiden Realty International Associates, berkata pilihan pertama adalah untuk mengadakan AGM itu di rumah kelab kondominium berkenaan tetapi ia hanya dapat menampung 60 orang.

350 orang dijangka hadir bagi mesyuarat tersebut.

Chong Pang CC pula tidak dapat digunakan pada 17 Jun iaitu tarikh asal yang dipersetujui untuk mengadakan AGM tersebut.

AGM itu adalah untuk mengundi masuk Hak Milik Strata Perbadanan Pengurusan (MCST) yang akan bertindak sebagai badan pengurusan kondominium berkenaan. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan