Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AGC teliti komen Li Shengwu terhadap sistem mahkamah S'pura

Pejabat Peguam Negara Singapura (AGC) menyatakan hari ini (17 Jul) bahawa ia sedang meneliti komen yang dibuat oleh Encik Li Shengwu - anak sulung Encik Lee Hsien Yang - terhadap sistem mahkamah Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
AGC teliti komen Li Shengwu terhadap sistem mahkamah S'pura

Encik Li Shengwi memberikan eulogi di upacara pengebumian mendiang Lee Kuan Yew. (Gambar: Pejabat Perdana Menteri / Youtube)

Diterbitkan : 17 Jul 2017 12:57PM Dikemas Kini : 17 Jul 2017 01:04PM

SINGAPURA: Pejabat Peguam Negara Singapura (AGC) menyatakan hari ini (17 Jul) bahawa ia sedang meneliti komen yang dibuat oleh Encik Li Shengwu - anak sulung Encik Lee Hsien Yang - terhadap sistem mahkamah Singapura.

Dalam satu catatan Facebook pada Sabtu lalu, Encik Li mengongsikan pautan kepada artikel Wall Street Journal mengenai perselisihan keluarga antara bapanya, makciknya Cik Lee Wei Ling dan pakciknya Perdana Menteri Lee Hsien Loong, sambil menyifatkan rencana itu sebagai ringkasan yang baik.

Beliau juga membuat komen yang mengkritik sistem mahkamah di Singapura.

Meskipun sudah diturunkan, catatan itu dikongsi dengan meluas di pelbagai wadah.

Sebagai respons terhadap pertanyaan media, AGC hari ini menyatakan ia mengetahui tentang catatan itu dan sedang menelitinya.

Pertikaian antara adik-beradik Lee berhubung rumah bapa mereka Lee Kuan Yew diketahui ramai apabila Dr Lee Wei Ling dan Encik Lee Hsien Yang mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya semasa menguruskan hartanah di 38 Oxley Road itu.

Selepas bertikai selama dua minggu dan kemudian dibahaskan di Parliamen selama dua hari di mana Perdana Menteri menyampaikan kenyataan menteri bagi menolak tuduhan-tuduhan itu dan melahirkan rasa kecewa atas perselisihan tersebut - Encik Lee Hsien Yang dan kakaknya mengeluarkan kenyataan bersama. Mereka mengulangi dakwaan itu sekali lagi, tetapi berkata akan berhenti mengemukakan bukti seterusnya di media sosial "selagi hasrat bapa mereka tidak diserang atau dipaparkan dengan cara yang salah".

PM Lee berkata beliau ingin menghuraikan perselisihan itu secara privet tetapi beliau tetap berpegang kepada kenyataannya di Parlimen.  

Sumber : CNA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan