Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Adil Azmoon, Khairul Rizqi antara penerima Biasiswa LBKM Ekonomi Masa Hadapan

Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) menjalin kerjasama dengan Sekolah Pengkomputeran Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan menawarkan Biasiswa Ekonomi Masa Hadapan bernilai $45,000 bagi tempoh tiga tahun.  

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) menjalin kerjasama dengan Sekolah Pengkomputeran Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan menawarkan Biasiswa Ekonomi Masa Hadapan bernilai $45,000 bagi tempoh tiga tahun.

Ia dalam usaha menggalak lebih ramai mahasiswa Melayu/Islam menceburi jurusan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Tiga mahasiswa menjadi penerima pertama biasiswa ini, setiap seorang menerima $5,000.

Kerjasama dengan NUS ini merupakan kolaborasi terbaru LBKM dengan institusi-instusi pengajian tinggi termasuk Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) dan Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew.

Menyedari pentingnya STEM dalam pembangunan negara dan generasi akan datang, LBKM memperluaskan lagi skop biasiswanya kepada Sekolah Pengkomputeran NUS yang menawarkan pengajian, fokus pada teknologi komputer.

Mengalu-alukannya sebagai satu lagi detik kejayaan bagi LBKM, Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata ia satu langkah inovatif dalam memenuhi permintaan bagi tenaga kerja yang berkepakaran tinggi.

Bagi Adil Azmoon, 23 tahun, yang merupakan salah seorang daripada penerima Biasiswa Ekonomi Masa Hadapan, minatnya dalam bidang kejuruteraan komputer bermula sejak remaja lagi.

"Saya senang pelajar seperti saya, dari masyarakat minoriti mendapat sokongan seperti ini. Memasuki industri ini boleh kelihatan menyeramkan.Memandang ke hadapan, dengan sokongan seperti ini, saya harap akan ada lebih ramai mencuba bidang ini bagi mempersiapkan diri untuk ekonomi baru," kata Adil Azmoon, anak kepada mantan Pengerusi Angkata Karyawan Islam (AMP).

Prinsip yang sama dipegang oleh Khairul Rizqi.

Meskipun, niat beliau untuk mencuba bidang pengkomputeran sempat tergendala kerana tidak memenuhi kriteria gabungan subjek yang diinginkan di maktab rendah.

"Sebelum ini, saya tidak tahu menahu tentang pengekodan. Jadi saya kepayahan dalam tahun pertama kerana inilah pertama kali saya buat pengekodan. Saya pun pernah gagal dalam peperiksaan.

"Tapi, saya bersyukur kerana profesor-profesor membantu saya dan saya mendapat banyak pendedahan di "NUS Computing". Kini, saya yakin dan bersedia untuk menyumbang kepada ekonomi Singapura," kongsi Khairul.

Seorang lagi penerima biasiswa, Ismahfaris Ismail, kini di Hong Kong bagi satu program pertukaran.

Beliau merupakan mahasiswa tahun ketiga dalam jurusan sistem maklumat.

Permohonan untuk biasiswa ini akan dibuka lagi pada Februari depan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan