Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Acara larian SAFRA S'pore Bay Run dan Army Half Marathon tarik 41,000 peserta

Lebih 41,000 peserta mengambil bahagian dalam acara larian SAFRA Singapore Bay Run & Army Half Marathon (SSBR & AHM) di Jambatan Esplanade pada pagi Ahad (20 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Acara larian SAFRA S'pore Bay Run dan Army Half Marathon tarik 41,000 peserta

Lebih 41,000 peserta mengambil bahagian dalam acara larian SAFRA Singapore Bay Run dan Army Half Marathon tahun ini. (Gambar: SSBR & AHM)

Diterbitkan : 21 Aug 2017 11:17AM Dikemas Kini : 21 Aug 2017 11:20AM

SINGAPURA: Lebih 41,000 peserta mengambil bahagian dalam acara larian SAFRA Singapore Bay Run & Army Half Marathon (SSBR & AHM) di Jambatan Esplanade pada pagi Ahad (20 Ogos).

Ini sedang mereka menyertai negara ini dalam memberi penghargaan kepada anggota kerahan dahulu dan sekarang atas sumbangan mereka dalam mempertahankan Singapura.

Acara tersebut, yang memperingati 50 tahun Perkhidmatan Negara (NS50), juga meraikan edisi ke-25 acara tersebut.

Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) merangkap Menteri Kedua Pertahanan Ong Ye Kung turut menghadiri acara tersebut.

Encik Ong, juga Presiden SAFRA, mengibarkan bendera bagi memulakan acara larian NS50 Team Run dan SAFRA 5km Fun Run, yang menyaksikan para peserta mengambil bahagian dalam segmen tabik hormat khas sebelum larian mereka.

NS50 Team Run adalah kategori baru yang diperkenalkan tahun ini untuk menggalak anggota kerahan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk bersatu dan mengukuhkan semula hubungan rapat yang dijalinkan semasa zaman NS mereka.

Ia menarik lebih 2,500 peserta yang berlari sejauh 5 kilometer dalam pasukan yang dianggotai oleh 10 pelari, yang turut membawa kepada jarak 50 kilometer setiap pasukan bagi menandakan NS50.

Turut menyertai NS50 Team Run buat julung-julung kalinya adalah kontinjen khas seramai lebih 50 pelari yang merangkumi para pelajar dari Pasukan Kadet Kebangsaan (NCC) dan ayah-ayah mereka selaku anggota kerahan, dengan tema NS50, 'Dari Generasi Saya ke Anda'.

Acara larian AHM 21km Lelaki dimenangi oleh Melvin Wong, yang mencatat masa 1 jam 16 minit 25 saat.  

Sumber : Today/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan