Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

A*STAR mahu tarik 500 SME dalam 5 tahun bagi inisiatif Kilang Contoh

Untuk menggalak syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) menggunakan teknologi, Agensi Sains, Teknologi dan Kajian (A*STAR) akan menubuhkan dua kilang contoh, yang dijangka mula beroperasi menjelang suku keempat tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
A*STAR mahu tarik 500 SME dalam 5 tahun bagi inisiatif Kilang Contoh

Menteri Negara Koh Poh Koon di previu Model Factory @ SIMTech pada 23 Mac.

Diterbitkan : 23 Mar 2017 09:28PM Dikemas Kini : 23 Mar 2017 09:29PM

SINGAPURA: Untuk menggalak syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) menggunakan teknologi, Agensi Sains, Teknologi dan Kajian (A*STAR) akan menubuhkan dua kilang contoh, yang dijangka mula beroperasi menjelang suku keempat tahun ini.

Ia sebahagian daripada inisiatif Kilang Contoh - yang diharap membolehkan syarikat-syarikat bereksperimen dengan teknologi canggih, dan diumumkan dalam perbahasan Jawatankuasa Peruntukan awal bulan ini. Kilang-kilang itu akan fokus kepada teknologi pengilangan.

Kilang-kilang itu akan ditempatkan di Institut Singapura bagi Teknologi Pengilangan (SIMTech), serta Pusat Pengilangan Semula dan Teknologi Maju (ARTC). Agensi kajian itu berharap dapat menarik 500 SME untuk memanfaatkan wadah-wadah ini sepanjang lima tahun mendatang, menurutnya dalam satu previu SIMTech hari ini (23 Mac).

Kilang di SIMTech akan memaparkan sebuah Wadah Menara Kawalan Pengilangan, huraian teknologi infokom yang memberi peluang kepada syarikat-syarikat menyaksikan operasi pengilangan mereka ketika ia sedang dijalankan, menurut A*STAR.

Ini akan membantu mereka membuat keputusan untuk memenuhi permintaan pengguna. Kelas-kelas pakar dan bengkel tentang teknologi sistem pengilangan yang terbaru juga akan dijalankan.

Kilang contoh di ARTC akan memaparkan teknologi-teknologi yang fokus kepada kejuruteraan berat seperti pengilangan tambahan dan robotik canggih.

Di previu bagi kilang contoh itu di SIMTech, Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Koh Poh Koon menggesa SME supaya mendakapi perubahan minda agar dapat seiring dengan syarikat-syarikat berbilang negara.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan