Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

94 ekor kucing siam diselamatkan dari flat 3 bilik

Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) sedang menyiasat satu kes yang melibatkan 94 ekor kucing, yang dipelihara dalam keadaan sempit di sebuah flat tiga bilik di Fernvale Link.

Anggaran Waktu Membaca:
94 ekor kucing siam diselamatkan dari flat 3 bilik

Keadaan yang sempit kucing-kucing Siam dipelihara di flat dua bilik Fernvale Link. (Gambar: Laman Facebook Saving The Siameses)

Diterbitkan : 27 Jun 2017 08:12AM Dikemas Kini : 28 Jun 2017 12:27PM

SINGAPURA: Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) sedang menyiasat satu kes yang melibatkan 94 ekor kucing, kebanyakannya kucing Siam, yang dipelihara dalam keadaan sempit di sebuah flat tiga bilik di Fernvale Link.

Kucing-kucing itu didapati dalam keadaan kurang baik, antara jangkitan mata dan luka-luka, menurut Persatuan Kebajikan Kucing (CWS), yang menyelamatkan kucing-kucing tersebut bersama para relawan.

Video Facebook Live operasi tersebut yang dirakam semalam (26 Jun) menunjukkan, dinding unit tersebut kotor dan berpuluh-puluh kucing dalam flat tersebut. Terdapat sebuah katil, dua kipas besi, dua bangku dan beberapa lagi bekas plastik yang disusun di tepi tembok ruang tamu flat berkenaan.

Sebagai respons terhadap pertanyaan Mediacorp, jurucakap AVA berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kes berkenaan.

"Kerana ia melibatkan isu kebajikan, AVA sedang menyiasatnya," tambah jurucakap tersebut.

Pengarah eksekutif CWS Laura Ann Meranda mengatakan pihaknya diberitahu mengenai kucing-kucing tersebut minggu lalu. Menurut laman Facebook 'Saving the Siameses', kucing-kucing tersebut dipelihara oleh seorang pembiak yang tidak lagi mampu menjaga haiwan itu.

Operasi menyelamat mengambil masa selama empat jam.

Video Facebook Live yang merakam operasi menyelamat menunjukkan para pegawai memasuki rumah tersebut, dan berberapa ekor kucing di atas dan bawah katil, di atas bangku kayu dan beberapa kotak.

Ia juga menunjukkan beberapa ekor kucing diletakkan dalam beg-beg untuk dibawa menjalani pemeriksaan dan rawatan. Daripada semua kucing yang diselamatkan, 17 ekor dihantar ke Klinik Haiwan Mount Pleasant untuk dirawat.
 

Sumber : Today/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan