Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

87 ditahan dalam operasi anti dadah seluruh negara selama 4 hari

Seramai 87 orang yang disyaki pesalah dadah ditangkap dalam operasi anti dadah selama empat hari yang dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB), dengan sokongan daripada Pasukan Polis Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
87 ditahan dalam operasi anti dadah seluruh negara selama 4 hari

Biro Narkotik Pusat dalam operasi membuat beberapa serbuan di Singapura. (Gambar: Biro Narkotik Pusat)

Diterbitkan : 21 Jul 2017 06:50PM Dikemas Kini : 21 Jul 2017 06:55PM

SINGAPURA: Seramai 87 orang yang disyaki pesalah dadah ditangkap dalam operasi anti dadah selama empat hari yang dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB), dengan sokongan daripada Pasukan Polis Singapura.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat (21 Julai), CNB menyatakan para pegawainya menjalankan beberapa serbuan dan penggeledahan di kawasan seperti, Bishan, Boon Lay, Geylang, Marsiling, Teck Whye, Telok Blangah, Toa Payoh, Woodlands dan Yishun.

Beberapa jenis dadah dirampas termasuk 95gram Ice, 54gram kanabis, 41gram heroin, 58 il Yaba, and sejumlah kecil pil ketamine dan Ecstasy.

Operasi tersebut bermula pada 17 Julai dan berakhir pada pagi 21 Julai.

Dalam satu serbuan yang dijalankan pada 18 Julai di Teck Whye Crescent, tiga orang ditangkap kerana disyaki mengedar dadah.

Dua daripadanya merupakan lelaki warga Singapura berusia 29 tahun dan 28 tahun manakala, seorang lagi wanita, rakyat Singapura, 30 tahun.

Lima lagi ditahan kerana disyaki salah guna dadah.

Kira-kira 35gram dadah Ice, dua alat timbang digital serta beberapa paket plastik kosong dan alat pengambilan dadah dirampas daripada lelaki yang berusia 28 tahun.

Susulan sisatan lanjut, para pegawai CNB ke sebuah unit apartmen di Teck Whye, di mana mereka menemui 10gram Ice, dua pil Ecstasy, tiga alat timbang digital, beberapa beg plastik kosong dan pelbagai alat mengambil dadah.

Di apartmen ini, mereka menangkap suspek wanita dan pesalah dadah berusia antara 20 dan 21 tahun.

Kesemuanya rakyat Singapura, dengan tiga daripada mereka lelaki manakala dua lagi wanita.

Menurut CNB siasatan masih dijalankan.

Sumber : Today/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan