Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

8,230 flat BTO, flat baki dilancar bulan ini

Sebanyak 8,230 flat dilancarkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (14 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Nov 2017 12:13PM Dikemas Kini : 14 Nov 2017 11:24PM

SINGAPURA: Sebanyak 8,230 flat dilancarkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (14 Nov).

Di bawah skim Bina-Ikut-Tempahan (BTO), 4,829 flat ditawarkan. Lagi 3,401 flat ditawarkan di bawah skim Penjualan Flat Baki, menurut HDB dalam kenyataan medianya.

4,829 flat BTO ditawarkan melalui lima projek. Tiga daripada projek itu terletak di kawasan belum matang, iaitu Punggol dan Sengkang. Dua lagi projek adalah di kawasan matang, Geylang dan Tampines.

80 peratus flat BTO akan dibina dengan menggunakan teknologi PPVC bagi mempertingkat daya penghasilani binaan. Secara keseluruhannya, 22 peratus flat BTO yang dilancarkan tahun ini menggunakan PPVC, demikian menurut HDB yang menambah, ia bermatlamat untuk menggunakan PPVC bagi 35 peratus flat BTO yang bakal dilancarkan menjelang 2019.

3,401 flat yang ditawarkan terdiri daripada 759 flat Flexi dua bilik, 692 flat tiga bilik, 1,407 flat empat bilik, 460 flat lima bilik, 76 flat 3Gen dan 7 flat eksekutif. Kebanyakan flat di bawah skim Penjualan Flat Baki ini akan diperuntukkan untuk keluarga yang membuat permohonan bagi pertama kali. Pasangan yang layak juga boleh membuat permohonan untuk flat Flexi dua bilik di kawasan belum matang.

Permohonan bagi flat baru boleh dilakukan secara online di laman HDB mulai hari ini (14 Nov) hingga Isnin depan.

Dengan pelancaran BTO bulan ini, jumlah keseluruhan flat BTO yang ditawarkan tahun ini adalah 17,584. Bersama 7,347 flat baki yang ditawarkan Mei dan 1,394 flat pada Ogos lalu serta bulan ini, HDB sudah melancarkan 26,325 flat kesemuanya untuk tahun ini.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan