Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

700 penduduk Chua Chu Kang, Marsiling-Yew Tee sambut tahun baru Hijrah dengan azam gaya hidup sihat

Lebih 700 penduduk GRC Chua Chu Kang dan Marsiling-Yew Tee pagi tadi menyambut tahun baru Hijrah dengan azam untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Sep 2017 08:20PM Dikemas Kini : 24 Sep 2017 10:19PM

BERITAMediacorp: Lebih 700 penduduk GRC Chua Chu Kang dan Marsiling-Yew Tee pagi tadi menyambut tahun baru Hijrah dengan azam untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Tepatnya, dengan berjalan pantas sejauh 1.8 kilometer.

Usaha sulung itu anjuran bersama masjid-masjid kawasan Chua Chu Kang - yakni Al-Khair dan Al-Firdaus, bersama badan-badan akar umbi Chua Chu Kang dan Marsiling-Yew Tee.

Sedang ramai yang masih dibuai mimpi, lebih 700 penduduk kawasan undi Chua Chu Kang dan Marsiling-Yew Tee memilih mengambil tindakan untuk mengutamakan kesihatan diri.

Mereka menyertai Menteri Kesihatan Gan Kim Yong dan anggota parlimen Zaqy Mohamad untuk meregangkan otot,bermula di Masjid Al-Khair.

Tahun baru Hijrah dilihat sebagai peluang untuk menggalak azam baru dalam usaha menjadi lebih sihat.

Kumpulan jalan pantas ini disertai para penduduk berbilang kaum - bersama-sama berjalan sepanjang hampir dua kilometer, menyusuri kedua-dua estet perumahan, sehingga garis penamat di Kelab Masyarakat Keat Hong.

Selain menggalakkan kesihatan, acara ini juga diharap dapat menjalin ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

"Muslim Melayu di Singapura mempunyai kadar kencing manis yang tinggi. Jadi saya rasa apa yang penting adalah – kita juga menyambut kedatangan Hijrah dan tahun baru Islam dengan membawa juga aspirasi untuk membina masyarakat yang lebih aktif dan yang bersenam," kata Encik Zaqy Mohamad, Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang.

Tambah Encik Zaqy, lebih banyak boleh dilakukan untuk menggalak golongan berumur agar kekal aktif.

Contohnya, dengan menganjurkan jenis senaman yang sesuai, seperti senaman impak rendah masyarakat Cina, Qigong.

Dan, dengan sambutan menggalakkan, penganjur-bersama Hijrah Walk ini berharap dapat meluaskan kerjasama antara masjid dengan badan-badan akar umbi, menerusi penganjuran lebih banyak acara masyarakat, demi menyebar mesej pemakanan dan gaya hidup sihat, mselaras dengan usaha negara memerangi Kencing Manis.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan