Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

70 pelajar sertai Projek Bintang Pertapis bagi asah bakat seni, bahasa

70 pelajar dibantu menjadi generasi belia yang yakin, berbakat dan serba boleh.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Sep 2017 07:44PM Dikemas Kini : 24 Sep 2017 09:27PM

BERITAMediacorp: 70 pelajar dibantu menjadi generasi belia yang yakin, berbakat dan serba boleh.

Projek Bintang Pertapis yang dianjurkan sempena Bulan Bahasa, turut menggalak para pelajar menghargai keindahan bahasa Melayu, menerusi pelbagai kegiatan termasuk menulis lagu, menyanyi, mengacara dan berlakon.

Tarikan suara anggota Sayap Kesenian Belia Pertapis ini, hasil bimbingan menyeluruh pelbagai pihak.

Sejak bulan Mac, 70 pelajar menyertai Projek Bintang dilentur secara holistik, untuk mengasah bakat semula jadi dalam bidang kesenian, bahasa, kemahiran dan pendidikan.

Mereka juga diajar berniaga di alam maya, serta menulis seni kata lagu dan puisi.

Matlamatnya, agar golongan muda ini dapat memenuhi potensi diri, lantas meningkatkan keyakinan serta harga diri.

"Saya dapat melihat keyakinan yang sangat mendalam di kalangan belia-belia ini dan ini mencerminkan bagaimana program-program pembangunan yang boleh diselitkan seperti Projek Bintang Pertapis, di mana ia memberikan nilai tambah kepada proses penjagaan kanak-kanak kita," kata Prof Madya Muhd Faishal Ibrahim, Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Kementerian Pendidikan (MOE).

Penyanyi terbaik Projek Bintang Pertapis bakal merakamkan lagu, sementara pelakon terbaik dibimbing pelakon Haryani Othman untuk menceburi industri lakonan, dan penari terbaik kini menyertai Variasi Performing Arts dan membuat persembahan-persembahan tarian.

"Banyak lagi yang kita lakukan untuk kemajuan mereka. Kita telah membimbing mereka dalam segi dandanan dan solekan, rambut dan sebagainya. Dan juga dari segi pembelajaran IT dan juga pembelajaran-pembelajaran yang boleh meningkatkan lagi mutu pelajaran mereka serta meningkatkan lagi kemampuan mereka dalam menghadapi cabaran-cabaran masa depan," kata Encik Hussaini Abdullah, Presiden Pertapis

Projek Bintang Pertapis dimulakan sejak tahun 2015.

Majlis penyampaian sijil dan trofi ini sebagai penghargaan atas dedikasi, kemajuan dan pencapaian mereka dalam projek tersebut.  

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan