Images
  • reading award
    Menteri Negara Dr Janil Puthucheary dengan penerima anugerah tertinggi dalam kategori sekolah menengah, Sekolah Menengah Clementi Town. (Gambar: NLB) 

7 sekolah terima Anugerah Cemerlang Membaca NLB

SINGAPURA: Tujuh buah sekolah menerima Anugerah Cemerlang Membaca Lembaga Perpustakaan Nasional (NLB), hari ini.

Ia bagi mengiktiraf usaha menggalak para pelajar lebih membaca. Anugerah tersebut bertujuan menggalak minat berterusan dalam membaca dan pembelajaran.

Lebih 60 buah sekolah serata negara dicalonkan bagi program-program membaca inovatif, dan mereka dinilai berdasarkan aspek daya kekal, termasuk kesannya kepada para pelajar.

Anugerah tertinggi dimenangi Sekolah Rendah Princess Elizabeth dan Sekolah Menengah Clementi Town.

Menteri Negara, Perhubungan dan Penerangan merangkap Pendidikan, Janil Puthucheary, menyampaikan anugerah tersebut.

Menurut pihak sekolah-sekolah yang ditemui Mediacorp, banyak manfaat yang diraih golongan pelajar menerusi program-program yang dijalankan.

- CNA/nd

Top
>