Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

7 ditangkap bagi kegiatan pelacuran di Genting Hotel Jurong

Tujuh anggota sindiket pelacuran diberkas di sebuah hotel di pekarangan Jurong Town Hall Road sewaktu operasi penguatkuasaan bersama, antara polis dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan.

Anggaran Waktu Membaca:
7 ditangkap bagi kegiatan pelacuran di Genting Hotel Jurong

Genting Hotel Jurong. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 20 Apr 2017 07:50PM Dikemas Kini : 20 Apr 2017 07:59PM

SINGAPURA: Tujuh anggota sindiket pelacuran diberkas di sebuah hotel di pekarangan Jurong Town Hall Road sewaktu operasi penguatkuasaan bersama, antara polis dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan.

Mediacorp difahamkan hotel tersebut adalah Genting Hotel Jurong, dan tangkapan dibuat pada Isnin (17 Apr).

Enam daripada suspek berkenaan adalah wanita yang berusia antara 22 hingga 42 tahun. Seorang lagi suspek adalah lelaki berusia 49 tahun, yang dipercayai 'bapa ayam' wanita-wanita tersebut.

Sejumlah S$6,000 dan 272 kondom dirampas daripada suspek-suspek berkenaan. Sebuah buku nota dan sebuah telefon bimbit turut diambil sebagai bukti kes.

Kesemua enam wanita itu sedang disiasat bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Piagam Wanita.

'Bapa ayam' berusia 49 tahun itu akan didakwa esok (21 Apr) bagi kesalahan-kesalahan di bawah Piagam Wanita. Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga S$10,000.

Sumber : Today/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan