Images
  • MOE
    (Gambar: Alvin Chong)

61 sekolah akan dapat pengetua baru

SINGAPURA: Sebanyak 61 buah sekolah akan mendapat pengetua baru menyusuli rombakan tahunan oleh Kementerian Pendidikan (MOE).

Antara pengetua sekolah yang akan dilantik secara rasmi pada 28 Disember, 16 daripada mereka akan memegang jawatan ketua sekolah buat kali pertama, menurut kenyataan MOE hari ini(13 Okt).

"Bagi 45 pengetua sekolah dan pegawai kanan yang berpangkalan di ibu pejabat MOE, jawatan baru ini mengesahkan keyakinan MOE terhadap keupayaan mereka untuk terus membimbing para guru dan pelajar kita di sekolah-sekolah," demikian didedahkan kementerian itu.

"Bagi 16 pengetua sekolah yang baru dilantik pula, ini merupakan detik penting dalam kerjaya mereka kerana mereka memikul tanggungjawab yang lebih besar," tambah MOE.

Pengetua -pengetua bagi empat sekolah menengah yang bergabung - Sekolah Menengah Damai, Loyang, Peirce dan Yio Chu Kang - turut diumumkan.

Menurut MOE lagi, proses pelantikan dan tukar ganti pengetua sekolah membolehkan sekolah-sekolah memanfaatkan perspektif baru dan membolehkan pengetua sekolah yang berpengalaman berkongsi amalan-amalan terbaik.

Pengetua sekolah juga akan berpeluang untuk "mengharungi cabaran baru, dan menyumbang dengan cara membentuk dan mengukuhkan sekolah-sekolah".

- CNA/SM/sm

Top