Images
  • maker faire
    Antara ciptaan yang dipamerkan di acara Maker Faire di Singapura. (Gambar: Facebook/Maker Faire Singapore)

600 ciptaan dipamer di acara Maker Faire - jumlah terbesar

SINGAPURA: Sebanyak 600 ciptaan dipamerkan di acara Maker Faire tahun ini dan jumlah tersebut merupakan yang terbesar bagi acara itu.

Berlangsung di Universiti Teknologi dan Reka Bentuk (SUTD), acara itu dijangka dikunjungi seramai 20,000 orang sepanjang hujung minggu ini.

Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim yang merasmikan acara itu, berkata ia memainkan peranan penting untuk mengajak semua lapisan masyarakat supaya mencipta, memperbaiki dan mewujudkan idea-idea, produk serta perkhidmatan yang relevan buat Singapura.

Beliau juga berpendapat menerapkan unsur keseronokan dan ingin mencapai sesuatu misi merupakan anak kunci bagi menggalakkan inovasi dan mencipta di kalangan golongan muda.

"Saya rasa ini satu permulaan yang baik oleh Singapura oleh kerana kita ingin memupuk apa yang dinamakan 'maker mindset.'

"Sedikit sebanyak kita ingin menolong masyarakat kita untuk menentukan bahawa mereka boleh menggunakan apa-apa yang mereka ada di rumah untuk mewujudkan benda-benda yang baru," kata Dr Yaacob. 

- CNA/nd

Top
>