Images
  • Cartons
    (Gambar: ICA)

6,000 karton rokok dirampas di Pusat Pemeriksaan Woodlands

SINGAPURA: 6,000 karton rokok yang tidak dibayar cukai dirampas di Pusat Pemeriksaan Woodlands semalam (10 Okt), dedah Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (11 Okt).

Lori yang berdaftar di Malaysia itu dipandu seorang lelaki Malaysia berusia 47 tahun. Beliau ditahan untuk pemeriksaan lanjut pada sekitar jam 6.00 pagi.

Barang-barang yang dibawanya dikatakan hanya sayur-sayuran namun pegawai ICA terjumpa karton-karton rokok yang diselindungkan.

Menurut ICA lagi, jumlah cukai yang tidak dibayar keseluruhannya lebih S$498,000 dan sekitar S$36,700 dalam bentuk cukai GST.

"Sempadan kita merupakan benteng pertahanan kita yang pertama dalam memastikan keselamatan Singapura. Pemeriksaan keselamatan penting dalam memastikan keselamatan negara," kata ICA dalam penyataannya.

"ICA akan terus mengadakan pemeriksaan keselamatan ke atas penumpang dan kenderaan untuk mencegah percubaan membawa masuk orang dan barang-barang yang tidak diinginkan.

Kaedah serupa yang digunakan untuk menyembunyikan barang seludupan, mungkin digunakan juga pengganas-pengganas untuk membawa masuk senjata-senjata dan bahan letupan bagi melancarkan serangan di Singapura." 

- CNA/AQ/aq

Top