Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

59 buku Melayu dilancarkan serentak, pelancaran terbesar di nusantara

Usaha mengembangkan kesusasteraan Melayu di nusantara dirancakkan dengan pelancaran 59 buah buku secara serentak.

Anggaran Waktu Membaca:
59 buku Melayu dilancarkan serentak, pelancaran terbesar di nusantara

Gambar Hiasan. Usaha mengembangkan kesusasteraan Melayu di nusantara dirancakkan dengan pelancaran 59 buku secara serentak.

Diterbitkan : 12 Mar 2017 08:36PM Dikemas Kini : 12 Mar 2017 10:17PM

SINGAPURA: Usaha mengembangkan kesusasteraan Melayu di nusantara dirancakkan dengan pelancaran 59 buah buku secara serentak.

Ini merupakan pelancaran yang terbesar seumpamanya di nusantara sejauh ini.

Buku-buku tersebut merupakan hasil karya sasterawan mapan dan penulis baru dari enam negara ASEAN. Ia merupakan usaha gabungan Perkumpulan Seni dan Ombak Scripthouse Production bersama Lembaga Perpustakaan Negara.

Banyak faedah yang boleh diraih dari karya sastera meskipun ia mungkin hasil imaginasi penulis. Ia mengajak pembaca untuk memahami situasi sosial dan politik yang menjadi detik penting dalam sejaran sesebuah negara.

Ini ditekankan oleh tetamu terhormat Encik Yatiman Yusof di majlis pelancaran 59 karya sastera nusantara.

Antaranya termasuk empat buku karya sasterawan yang tidak asing lagi, Dr Lim Swee Tin dari Malaysia, yang memuji usaha penggiat sastera di Singapura.

"Ini mengingatkan saya kepada sejarah kehebatan Singapura sebagai pusat intelektual pada suatu ketika dulu, dan saya berharap Singapura terus kekal maju sebagai pusat perkembangan intelektual dan juga kesusasteraan di rantau ASEAN sebelah sini," katanya.

Buku-buku itu bukan hanya hasil penulis dari Singapura, Malaysia dan Indonesia, bahkan termasuk Thailand, Vietnam dan Filipina.

Ia merangkumi jenis genre yang luas dari novel, puisi, cerpen, skrip drama dan kritikan.

Hartinah Ahmad, penyelaras projek bersama, berkata: "Sebanyak 59 buku telah dilancarkan dan kami harap pelibatan para penulis lama, baru seluruh nusantara akan saling kenal mengenal dan bertukar-tukar karya untuk lebih mengenal budaya dan cara berfikir orang-orang senusantara, dan mudah-mudahan kami akan adakan acara-acara yang lebih gemilang untuk meneroka, membedah buku hasil karya mereka."

Antara penulis lain yang bukunya dilancarkan di Perpustakaan Negara itu ialah Rohani Din dari Singapura, Muhammad Lefand dari Indonesia dan Rogelio Braga dari Filipina.  

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan