Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

55 disyaki anggota kongsi gelap ditangkap kerana terbabit dalam jenayah tersusun

Seramai 55 suspek diberkas kerana disyaki terlibat dalam kumpulan kongsi gelap atau jenayah tersusun, yang menjalankan pelbagai jenis kegiatan jenayah.

Anggaran Waktu Membaca:
55 disyaki anggota kongsi gelap ditangkap kerana terbabit dalam jenayah tersusun

Seramai 44 lelaki dan 11 wanita, berusia antara 19 hingga 79 tahun, ditangkap dalam serbuan serentak di seluruh Singapura pada Sabtu (14 Okt). (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 17 Oct 2017 11:36PM Dikemas Kini : 17 Oct 2017 11:40PM

SINGAPURA: Seramai 55 suspek diberkas kerana disyaki terlibat dalam kumpulan kongsi gelap atau jenayah tersusun, yang menjalankan pelbagai jenis kegiatan jenayah.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura dan Kastam Singapura dalam kenyataan media bersama pada Selasa (17 Okt).

Aksi-aksi jenayah yang dilakukan termasuk meminjamkan wang tanpa lesen dan kegiatan berkaitan kongsi gelap, mengendalikan rumah judi haram dan memiliki, menguruskan dan menyimpan rokok haram, dedah pihak berkuasa.

Seramai 44 lelaki dan 11 wanita, berusia antara 19 hingga 79 tahun, ditangkap dalam serbuan serentak di seluruh Singapura pada Sabtu (14 Okt). Serbuan-serbuan itu dijalankan di lebih 10 lokasi termasuk Ang Mo Kio, Geylang, Sengkang, Toa Payoh dan Yishun.

Semasa operasi tersebut, wang tunai sebanyak S$596,517, dokumen yang dipercayai rekod pinjaman wang tanpa lesen, beberapa komputer, telefon bimbit, peralatan judi dan lebih 550 karton rokok haram turut dirampas.

Polis juga membekukan akaun bank suspek-suspek bagi melarang mereka dari memindahkan disyaki hasil jenayah.

Pihak berkuasa juga menyatakan berdasarkan siasatan awal, kumpulan jenayah tersusun itu merangkumi rangkaian anggota dengan pelbagai peranan seperti memudahkan perniagaan meminjamkan wang tanpa lesen dan kegiatan judi haram, serta menjual dan menyimpan rokok haram.

Siasatan ke atas semua suspek masih diteruskan.

"Polis menunjukkan toleransi sifar terhadap kumpulan jenayah tersusun yang terlibat dalam kegiatan jenayah serius yang boleh membawa ancaman serius kepada keselamatan dan keselamatan Singapura," dedah Encik Tan Chye Hee, timbalan pesuruhjaya polis (siasatan & perisik) dan pengarah jabatan siasatan jenayah.

"Ini adalah operasi bersama pertama oleh Pasukan Polis Singapura dan Kastam Singapura terhadap kumpulan jenayah tersusun sejak enakmen Akta Jenayah Tersusun 2015... Kami akan melakukan segala yang terdaya untuk membongkar dan mematahkan kumpulan-kumpulan ini dan menyekat hasil yang mereka raih menerusi jenayah," dedahnya.

Membeli, menjual, menghulur, menghantar, menyimpan, memiliki atau mengendalikan barangan yang tidak dibayar cukai adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menurut pihak berkuasa. Para pesalah boleh didenda sehingga 40 kali lebih tinggi daripada jumlah cukai dan GST yang cuba dielak dan/atau dihukum penjata sehingga enam tahun.

Di bawah Akta Jenayah Tersusun 2015, sesiapa yang terlibat dengan kongsi gelap yang ada kaitan dengan Singapura boleh didenda sehingga S$100,000, dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan