Images
  • wpcf
    Acara di Taman Punggol itu dirasmikan oleh pengerusi Dana tersebut dan anggota parlimen bagi GRC Aljunied, Low Thia Khiang.

500 penduduk sertai acara berjalan pertama Dana Masyarakat WP

SINGAPURA: Sekitar 500 penduduk menyertai acara berjalan yang pertama dianjurkan Dana Masyarakat WP hari ini (16 Jul).

Acara sejauh 3.8 kilometer di Taman Punggol itu dirasmikan oleh pengerusi Dana tersebut dan anggota parlimen bagi GRC Aljunied, Low Thia Khiang.

Acara berjalan itu dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran mengenai program-program kebajikan yang dijalankan dana tersebut.

Program-program tersebut termasuk skim bantuan kewangan sementara dan agihan makanan. 

- CNA/im

Top