Images
  • tower transit bus
    (Gambar: Tower Transit Singapore) 

50 bas hibrid diesel mula beroperasi pada 2018

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (11 Okt) mengumumkan 50 bas hibrid diesel yang akan mula beroperasi secara bertahap-tahap pada separuh kedua tahun 2018.

LTA akan membeli bas-bas ini dari Volvo East Asia dengan harga bernilai S$30 juta, dalam usaha membina pengangkutan bas awam yang lebih mesra alam.

Penumpang juga boleh menjangkakan perjalanan yang lebih selesa dengan bas yang turut mempunyai kadar pengeluaran gas karbon yang rendah, tambah LTA.

Bas hibrid diesel - yang beroperasi dengan menggunakan bateri yang boleh dicas semula mahupun enjin diesel - pertama kali diuji pengendali pengangkutan awam SBS dan Volvo pada 2015.

"Bas seperti ini membantu kami lebih memahami cabaran-cabaran operasi yang dihadapi apabila menggunakan lebih banyak bas seperti ini dalam keadaan trafik dan cuaca di sini. Ini juga membolehkan kami untuk mengubah suai pendekatan kami dalam menggunakan bas seperti ini pada masa akan datang," jelas LTA.

50 bas ini dikatakan dapat membantu jurutera dan teknisyen lebih memahami cabaran menjaga keadaan bas seperti ini.

LTA menyatakan Volvo East Asia menyerahkan saranan saranan bermutu tinggi yang berbaloi. Buat masa ini, syarikat tersebut menyediakan sekitar 30 peratus bas Singapura.

"Untuk mempersiapkan tenaga kerja bagi perubahan ini, LTA akan berkerjasama dengan industri lain untuk meningkatkan kemahiran pakar bas kami melalui Akademi Bas Singapura," tambah LTA.

Bagi bas elektrik, LTA menyatakan bahawa ia akan membuka tender bagi 60 bas sedemikian yang akan mula beroperasi pada tahun 2019.  

- CNA/AQ/aq

Top