Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 penyedia khidmat dilantik sokong peniaga kecil gunakan teknologi

Ini diumumkan oleh agensi pemerintah SPRING Singapore hari ini (21 Apr) di sebuah acara khas bagi mendekatkan peniaga kecil dengan teknologi layan diri. 

Anggaran Waktu Membaca:
5 penyedia khidmat dilantik sokong peniaga kecil gunakan teknologi

Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan) S Iswaran (kanan) mencuba satu alat yang dipamerkan. (Gambar: Facebook/ Agency for Science, Technology and Research (A*STAR))

SINGAPURA: Dalam usaha menyokong peniaga runcit kecil-kecilan menggunakan teknologi, lima penyedia khidmat dilantik bagi menyediakan penyelesaian layan sendiri dan pengurusan wang tunai bagi industri tersebut.

Ini diumumkan oleh agensi pemerintah SPRING Singapore hari ini (21 Apr) di sebuah acara khas bagi mendekatkan peniaga kecil dengan teknologi layan diri.

Antara peruncit pertama yang menggunakan sistem checkout sebegini adalah Food-Joy, yang mula menggunakannya tahun lalu dengan sokongan dana daripada SPRING Singapore.

Sejak digunakan, sistem itu berjaya mengurangkan jumlah pelanggan yang beratur membuat bayaran semasa waktu sibuk - daripada tiga minit ke satu minit setiap seorang.

Sokongan sebegini seiring hala tuju Perancangan Perubahan Industri (ITM) bagi sektor runcit, yang diperkenalkan tahun lalu, yang bertujuan meningkatkan daya penghasilan perniagaan kecil.

"Ini semua dapat membantu, kerana ia meningkatkan kecekapan perniagaan dan kebolehan melakukan lebih perkara dengan sumber yang sedikit. Pemain industri lebih besar sudah menggunakannya.

"Tapi cabaran sebenar adalah bagaimana ia boleh disebarkan kepada sebilangan besar peruncit kita - iaitu perniagaan kecil dan mikro.

"Satu tanggapan salah yang perlu dibidas adalah bahawa solusi ini adalah untuk syarikat besar sahaja," ujar Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan) S Iswaran. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan