Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 pasukan disenarai pendek bagi pelan induk Daerah Tasik Jurong

Lima pasukan sudah disenarai pendek untuk membangunkan konsep pelan induk bagi Daerah Tasik Jurong, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Anggaran Waktu Membaca:
5 pasukan disenarai pendek bagi pelan induk Daerah Tasik Jurong

Daerah Tasik Jurong. (Gambar: Lawrence Wong/Facebook)

Diterbitkan : 27 Sep 2016 01:45PM Dikemas Kini : 28 Sep 2016 02:08AM

SINGAPURA: Lima pasukan sudah disenarai pendek untuk membangunkan konsep pelan induk bagi Daerah Tasik Jurong, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Daerah Tasik Jurong disifatkan bakal menjadi Kawasan Pusat Bandar (CBD) kedua Singapura.

"Ini menandakan langkah penting selanjutnya bagi mencapai visi Daerah Tasik Jurong sebagai 'daerah masa depan' dan Kawasan Pusat Bandar kami yang kedua," menurut URA dalam satu kenyataan hari ini (26 Sep).

Sebanyak 35 permohonan diterima bagi sesi Permintaan Saranan itu, yang dilancarkan pada Julai dan menerima minat yang kukuh daripada firma-firma tempatan dan antarabangsa, menurut URA.

Kelima-lima pasukan yang disenarai pendek menerima markah tertinggi bagi rekod prestasi dan mutu kenyataan-kenyataan yang diserahkan, yang menetapkan hala tuju dan strategi-strategi dalam membangunkan konsep pelan induk bagi daerah itu, serta analisis tentang kekangan dan cabaran yang dihadapi kawasan itu dan bagaimana ia boleh ditangani.

Pengalaman kolektif dan projek-projek yang dikendalikan pasukan-pasukan itu juga dinilai. Turut diambil kira ialah keupayaan mereka melakar pelan induk bagi sebuah daerah bandar dengan sebuah stesen kereta api laju, dengan tumpuan kepada perancangan pengangkutan dan integrasi, menurut URA.

Kelima-lima pasukan yang disenarai pendek adalah:

1. Allies and Morrison (Peneraju)
    Architects 61
    Arup
    Atelier Ten
    Grant Associates

2. Grimshaw Architects (Peneraju)
    DP Architects
    Arup
    Gustafson Porter
    Netatech
    GreenhilLi

3. KCAP Architects & Planners (Peneraju)
    SAA Architects
    Arup
    S333
    Lekker

4. Mitsubishi Jisho Sekkei (Peneraju)
    RSP Architects Planners & Engineers
    Arup
    Tierra Design
    Ohtori Consultants
    Studio Lapis
    teamLab
    Nipek
    Yashima Design
    KPMG
    Langdon & Seah

5. Nikken Sekkei (Peneraju)
    RSP Architects Planners & Engineers
    Arup
    DHI

Pasukan-pasukan yang disenarai pendek akan menyertai satu sesi selama 10 minggu untuk membangunkan dan menyerahkan konsep pelan induk mereka menjelang akhir tahun ini.

Satu panel penilaian terdiri daripada para wakil dari agensi-agensi Pemerintah, akademik dan industri kemudian akan menilai kelima-lima saranan itu dan memilih satu pasukan sebagai konsultan yang dilantik menjelang Januari 2017.

Pasukan yang dilantik akan bekerjasama dengan URA dan agensi lain untuk melakar pelan induk terperinci bagi Daerah Tasik Jurong. Satu pameran bagi pelan itu akan diadakan pada suku kedua 2017 untuk mendapatkan maklum balas awam.

Pasukan itu kemudian akan memperhalusi rancangan-rancangan itu, sambil mengambil kira maklum balas yang diterima, sebelum menyerahkan saranan-saranan muktamad yang terperinci bagi daerah tersebut.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan