Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 lagi gim untuk kurang upaya akan dibina dalam 2 tahun mendatang

Para atlit dan golongan kurang upaya secara am tidak lama lagi tidak perlu ke tempat yang jauh bagi melakukan senaman di gim.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Mar 2017 10:30PM Dikemas Kini : 20 Mar 2017 10:34PM

SINGAPURA: Para atlit dan golongan kurang upaya secara am tidak lama lagi tidak perlu ke tempat yang jauh bagi melakukan senaman di gim.

Sekarang ini, hanya terdapat sebuah gim yang dikelolakan Pemerintah khusus bagi golongan kurang upaya.

Namun, bagi tempoh dua tahun akan datang, dijangka sebanyak lima lagi gim bersifat inklusif akan dibina di merata negara.

Pemain nasional sukan bola keranjang, Kamas Mohd amat gembira pada tahun lalu apabila sebuah gim bersifat inklusif yang pertama dibangunkan di Lengkok Bahru oleh Majlis Sukan Singapura.

Peralatan serta bagaimana gim itu dibina dikhususkan bagi golongan kurang upaya.

Gim sedemikian merupakan rancangan jangka panjang Majlis Sukan Singapura bagi menyediakan lebih banyak tempat dengan akses dipertingkat bagi golongan sedemikian menjelang tahun 2030.

Kesemuanya akan dilancarkan di serata negara, di tempat-tempat di mana terdapat jumlah penduduk warga emas serta individu berkeperluan khas.

Pada masa yang sama, kakitangan gim juga memerlukan latihan tentang bagaimana untuk membantu mereka yang mempunyai pelbagai keupayaan fizikal. Ini selain usaha mendapatkan orang ramai menggunakan kemudahan tersebut.

Majlis Sukan Singapura menyatakan ia akan menjalankan usaha mendekati pertubuhan-pertubuhan akar umbi serta institusi golongan keperluan khas. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan