Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 hilang akibat pelanggaran kapal tangki dengan kapal korek di perairan S'pura

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan selepas sebuah kapal tangki dan kapal korek berlanggar di perairan Singapura hari ini (13 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
5 hilang akibat pelanggaran kapal tangki dengan kapal korek di perairan S'pura

Gambar fail bot rondaan Pasukan Polis Pengawal Pantai Singapura (PCG). (Gambar: Reuters/Vivek Prakash)

Diterbitkan : 13 Sep 2017 10:21AM Dikemas Kini : 13 Sep 2017 10:24AM

SINGAPURA: Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan selepas sebuah kapal tangki dan kapal korek berlanggar di perairan Singapura hari ini (13 Sep) pada sekitar 12.40 tengah malam, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA).

Pelanggaran itu, 1.7 batu nautika dari Pulau Subar Laut dan Darat atau Sisters' Islands, antara kapal tangki Kartika Segara yang berdaftar di Indonesia dan kapal korek JBB De Rong 19 yang berdaftar di Dominican Republic, tambah kenyataan itu.

"Kapal korek itu sedang menyinggah di lorong menghala ke barat sementara kapal tangki itu berlepas dari Singapura memasuki laluan yang menghala ke timur Skim Berasingan Trafik (TSS) di Selat Singapura di mana insiden berkenaan berlaku. Sistem Maklumat Trafik Kapal Singapura menyediakan maklumat pengemudian kepada kedua-dua kapal sebelum pelanggaran tersebut."

Kapal korek itu terbalik dan sebahagian kapal itu tenggelam, menurut MPA.

"Secara keseluruhan 12 anak kapal - 11 warga China dan seorang warga Malaysia - berada di atas kapal korek itu semasa insiden berkenaan. Tujuh daripada warga China tersebut diselamatkan Pasukan Polis Pengawal Pantai Singapura (PCG) dan dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) oleh ambulans Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) untuk diberikan rawatan perubatan. Lima anak kapal masih hilang."

Tujuh orang yang dihantar ke SGH pada 2.45 pagi, demikian disahkan SGH. Tiga daripada mereka sudah dibenarkan keluar daripada hospital.

MPA menerajui operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan agensi-agensi Singapura yang relevan sedang memberikan bantuan.

"Dua bot tunda berjaya menunda kapal korek itu ke kawasan berdekatan Pulau Senang bagi operasi pencarian dasar laut yang selanjutnya. Dalam pada itu, MPA mengerahkan tiga kapal rondaan untuk membantu operasi SAR dan Angkatan Tentera Laut Singapura, SCDF dan PCG juga mengerahkan secara keseluruhan tujuh kapal ke tempat kejadian untuk menyokong SAR," menurut kenyataan itu.

Sebuah helikopter Super Puma Angkatan Tentera Udara Republik Singapura memulakan pencarian udara pada 7.00 pagi, tambah MPA.

"Sebelah kanan kapal tangki itu dilaporkan musnah tetapi stabil dan berlabuh di Eastern Anchorage. 26 anak kapal warga Indonesia kapal berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan," menurut MPA.

Ia tidak mengganggu trafik perkapalan di Selat Singapura, menurut kenyataan itu.

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan