Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

43 pejalan kaki disaman dalam 2 operasi berasingan Polis Trafik

Seramai 43 pejalan kaki yang tidak menghiraukan lalu lintas disaman dalam operasi Polis Trafik (TP) di dua lokasi di sekitar kawasan bandar semalam (11 Okt)

Anggaran Waktu Membaca:
43 pejalan kaki disaman dalam 2 operasi berasingan Polis Trafik

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 12 Oct 2017 10:42AM Dikemas Kini : 12 Oct 2017 11:25AM

SINGAPURA: Seramai 43 pejalan kaki yang tidak menghiraukan lalu lintas disaman dalam operasi Polis Trafik (TP) di dua lokasi di sekitar kawasan bandar semalam (11 Okt).

Operasi itu, dijalankan di Chin Swee Road dan North Bridge Road (menghala South Bridge Road sebelum Crawford Street).

Dalam satu kenyataan media semalam (11 Okt), Polis memberi amaran terhadap perbuatan sedemikian sedang bilangan kemalangan yang melibatkan pejalan kaki seperti itu meningkat 21 peratus pada separuh pertama tahun ini kepada 161 kes, berbanding 133 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu. Sepertiga daripadanya melibatkan pejalan kaki warga tua.

Sebanyak 124 kemalangan melibatkan pejalan kaki warga tua pada separuh pertama tahun ini, iaitu kenaikan 8.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Lebih membimbangkan lagi ialah separuh daripada jumlah kemalangan yang menyebabkan kematian dari Januari hingga Jun tahun ini melibatkan pejalan kaki warga tua, demikian didedahkan pihak polis.

Awal tahun ini, TP menyatakan bahawa keselamatan pejalan kaki warga tua menjadi keprihatinan utama pihak berkuasa kerana kadar kemalangan dan kematian meningkat 20 peratus pada 2016.

Polis menekankan bahawa perbuatan ini boleh dicegah dan semua pejalan kaki harus menggunakan lintasan pejalan kaki yang disediakan. Pejalan kaki juga sepatutnya memakai baju yang berwarna terang pada sebelah malam supaya mudah dilihat para pemandu.

Sementara itu, TP akan terus berusaha untuk mendidik dan melibatkan semua pengguna jalan raya bagi mempertingkatkan keselamatan jalan raya. TP menegaskan bahawa semua pemandu juga perlu lebih prihatin terhadap keselamatan pejalan kaki di jalan raya. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan