Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

400 kes langgar keselamatan didedah dalam usaha pertingkat kuat kuasa tapak binaan

Dalam usaha meningkatkan penguatkuasaan di tapak-tapak binaan pada Jun lalu, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) membongkar lebih 400 kes pencabulan keselamatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jul 2017 08:42PM Dikemas Kini : 18 Jul 2017 03:09AM

SINGAPURA: Dalam usaha meningkatkan penguatkuasaan di tapak-tapak binaan pada Jun lalu, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) membongkar lebih 400 kes pencabulan keselamatan.

MOM dan Majlis Kesihatan dan Keselamatan Di Tempat Kerja menarik perhatian tentang usaha mengekang kes terjatuh, kudung dan kemalangan melibatkan kenderaan sebagai keutamaan pada 2017.

Bulan Jun adalah bulan pertama pemeriksaan dijalankan di bawah daya usaha tersebut.

Seorang pekerja maut selepas jejambat PIE ini runtuh, minggu lalu.

Siasatan masih dijalankan tetapi kejadian ini memberikan tumpuan kepada isu keselamatan di tempat kerja.

Tahun ini, 21 kes kematian di tempat kerja dicatatkan, dengan empat daripadanya berlaku di tapak-tapak binaan.

Berucap kepada syarikat-syarikat binaan di forum kesihatan dan keselamatan di tempat kerja, siang tadi, Menteri Negara MOM Sam Tan berkata meskipun jumlah kematian akibat terjatuh dari tempat tinggi merosot dari 24 pada 2009 kepada 13 pada 2016, lebih banyak perlu dilakukan kerana ia punca utama kematian di tempat kerja di Singapura.

Encik Tan menambah 322 notis melanggar peraturan, 70 denda dan empat perintah berhenti kerja sudahpun dikeluarkan.

Menurut Anggota Pasukan Bertindak Keselamatan Kerja Di Tempat Tinggi, Nelson Tee, perlu ada perubahan minda dan setiap tahun, kita perlu menyemak semula dan menghantar kakitangan untuk menjalani latihan kerana teknologi cepat berubah dan kita perlu mendalami pengetahuan mengenai keselamatan juga.

Satu lagi daya usaha untuk membantu syarikat-syarikat adalah Program Bergerak Kerja di Tempat Tinggi di mana para karyawan melakukan lawatan ke tempat kerja untuk berkongsi amalan keselamatan.

Sebanyak 80 lawatan sedemikian dijalankan tahun lalu dan matlamatnya adalah meningkatkannya kepada 300 tahun ini.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan