Images
  • tanjong pagar accident
    Orang ramai berkumpul di tempat kejadian. (Gambar: Brenda Har) 

4 cedera dalam kemalangan di Tanjong Pagar, pemandu ditangkap disyaki mabuk

SINGAPURA: Seorang lelaki 41 tahun ditangkap kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan kemalangan di Tanjong Pagar Road petang tadi (7 Dis). Beberapa kenderaan terlibat dalam kemalangan itu.

Empat orang dikejarkan ke Hospital Besar Singapura.

Polis menyatakan bahawa mereka dimaklumkan tentang kemalangan tersebut pada sekitar jam 6.30 petang, yang melibatkan sebuah kereta, teksi dan lori.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), empat ambulans dikerahkan ke tempat kejadian.

Siasatan polis masih dijalankan.  

- CNA/AQ/aq

Top