Images
  • crime generic
    Gambar hiasan.

4 belia dicekup bersubahat rancang rompakan

SINGAPURA: Empat belia yang berusia antara 14 dengan 16 tahun diberkas di Bishan pada awal pagi Ahad (16 Jul) atas tuduhan bersubahat untuk melakukan rompakan.

Menurut satu kenyataan media, pihak polis menerima aduan mengenai sekumpulan lelaki memakai topeng hitam di Bishan Street 12 sekitar jam 12.55 pagi pada hari tersebut.

Para pegawai dari Divisyen Polis Tanglin berjaya menangkap keempat-empat suspek di Bishan Road.

Menurut pihak polis, siasatan menunjukkan suspek-suspek tersebut merancang untuk melakukan rompakan di kawasan itu tetapi mereka membatalkan rancangan tersebut.

Siasatan ke atas suspek-suspek tersebut masih lagi dijalankan.

Jika didapati bersalah, mereka akan dihukum penjara antara dua hingga 10 tahun dan sekurang-kurangnya enam sebatan. Jika rompakan berlaku antara 7.00 malam dan 7.00 pagi, mereka yang bersalah boleh dipenjara antara tiga hingga 14 tahun dan disebat sekurang-kurangnya 12 kali. 

- CNA/fa

Top