Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

39 orang terperangkap lebih 4 jam di Tiger Sky Tower di Sentosa

Pada ketinggian 131 meter dari paras laut, menara Tiger Sky Tower ialah menara pemerhatian tertinggi di Singapura, menurut laman web Sentosa.

Anggaran Waktu Membaca:
39 orang terperangkap lebih 4 jam di Tiger Sky Tower di Sentosa

Tiger Sky Tower di Sentosa. (Gambar: Aqil Haziq Mahmud)

Diterbitkan : 12 Aug 2017 10:43PM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 10:47PM

SINGAPURA: 39 orang terperangkap lebih empat jam di atas menara berputar Tiger Sky Tower di Sentosa pada malam ini (12 Ogos).

Menurut satu kenyataan Sentosa operasi Sky Tower digantung pada jam 5.35 petang susulan masalah mekanikal.

Ia menambah ketika kejadian, 38 penumpang dan seorang pengendali berada di dalam gondola menara.

"Air botol dan makanan diedar kepada tetamu sedang para jurutera Sky Tower berusaha menurunkan gondola tersebut. Kapsul itu juga ada tandas mudah alih," tambah kenyataan itu.

"Para pegawai Sentosa Ranger kemudian dikerah untuk membantu para jurutera Sky Tower menurunkan gondola secara manual," menurut Sentosa.

"Pada 7.10 malam, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kakitangan SCDF berada di dalam kapsul dengan para penumpang untuk operasi pemindahan. Semua penumpang selamat dalam kapsul itu."

Sentosa menambah punca kejadian sedang disiasat dan menara Tiger Sky Tower ditutup sehingga diberitahu kelak.

38 penumpang berkenaan dan seorang pengendali akhirnya turun sekitar 9.45 malam.

Pengguna Twitter Jaylin Sim mencatat satu tweet pada 8.25 malam bahawa beliau "masih terperangkap" di menara Tiger Sky Tower.

Memberikan respons kepada Mediacorp, beliau menambah penumpang dibekalkan biskut dan air minuman sementara menunggu diselamatkan.

Pada ketinggian 131 meter dari paras laut, menara Tiger Sky Tower ialah menara pemerhatian tertinggi di Singapura, menurut laman web Sentosa. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan