Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

300 belia, sukarelawan jalan 800km bagi 'Steps for Hope'

Berjalan 800 kilometer bagi mengumpul dana. Itulah yang dilakukan 300 belia dan sukarelawan di bawah inisiatif  'Steps for Hope - Walk for the Children' bagi membantu kanak-kanak dari keluarga susah di GRC Jalan Besar dan kawasan undi Potong Pasir mengikuti prasekolah bermutu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Berjalan 800 kilometer bagi mengumpul dana. Itulah yang dilakukan 300 belia dan sukarelawan di bawah inisiatif 'Steps for Hope - Walk for the Children' bagi membantu kanak-kanak dari keluarga susah di GRC Jalan Besar dan kawasan undi Potong Pasir mengikuti prasekolah bermutu.

Ia sebahagian daripada inisiatif Community YOUthCare Festival (CYF) yang diadakan buat julung-julung kalinya tahun ini.

(Gambar: Taufiq Hussein Zalizan)

Siti Sofy Ryana adalah antara 200 kanak-kanak dari kawasan undi Jalan Besar dan Potong Pasir yang menerima sentuhan kasih para relawan.

Ketika ditanya sama ada dia inginkan sebarang permainan, Siti Sofy turut berkata dia mahukan kasut lereng (roller blade).

Ibunya merupakan satu-satunya pencari nafkah keluarga, yang bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga tiga beranak itu, setelah bapanya hilang daya penglihatan 14 tahun lalu akibat ketumbuhan di otak.

Bapanya, Mohd Halimi Juffri pula, turut berkata: "Apabila dibantu sebegini, ia dapat meringankan sedikit belanja dan bebanan kewangan keluarga."

Selain diberi permainan yang diidamkan di bawah inisiatif '200 Wishes - Adopt a Child's Wish', kanak-kanak ini juga bakal memanfaatkan dana 'Bright Horizons' untuk membiaya kos pembelajaran di prasekolah.

Acara berjalan hari ini misalnya berjaya mengumpul $10,000 untuk tujuan tersebut.

(Gambar: Taufiq Hussein Zalizan)

(Gambar-gambar: Taufiq Hussein Zalizan)

Menteri Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim berkata: "Kita tahu bahawa prasekolah ini satu langkah yang penting demi mempersiapkan anak-anak kita bagi persekolahan formal."

"Jadi kita harus memastikan setiap kanak-kanak di Singapura, tidak kira dari apa lapisan, diberi peluang untuk menghadiri prasekolah bagi mempersiapkan mereka untuk persekolahan yang lebih formal akan datang, insyaAllah," katanya.

CYF berlangsung sepanjang lima minggu hingga 2 April, dan menggembleng sekitar 30,000 sukarelawan belia dan para peserta untuk berbakti kepada masyarakat. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan