Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

30 pemandu kenderaan berat kena saman dalam operasi kuat kuasa bersama

Seramai 30 pemandu kenderaan berat dikenakan 62 saman pada Isnin (19 Jun) sewaktu operasi penguatkuasaan secara bersama yang melibatkan Polis Trafik (TPO), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Anggaran Waktu Membaca:
30 pemandu kenderaan berat kena saman dalam operasi kuat kuasa bersama

Seorang pegawai Polis Trafik menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap para pemandu kenderaan berat yang cuai. (Gambar: Elizabeth Neo)

Diterbitkan : 19 Jun 2017 10:46PM Dikemas Kini : 19 Jun 2017 10:59PM

SINGAPURA: Seramai 30 pemandu kenderaan berat dikenakan 62 saman pada Isnin (19 Jun) sewaktu operasi penguatkuasaan secara bersama yang melibatkan Polis Trafik (TP), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Saman-saman itu dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan trafik seperti memecut, gagal untuk memandu di lorong paling kiri di lebuh raya dan menggunakan alat komunikasi mudah alih ketika memandu.

Sehubungan itu, sebuah kenderaan berat asing juga disuruh berpatah balik ke Malaysia kerana mengeluarkan asap secara keterlaluan, menurut polis dalam satu kenyataan media.

Pihak berkuasa turut mendapati 36 kesalahan LTA seperti pengubahsuaian kenderaan secara haram, dedah polis.

Ini adalah sebahagian daripada siri operasi satu bulan yang berterusan, untuk menahan para pemandu kenderaan berat yang cuai seperti lori kontena, bas dan lori jongket.

Polis mengulangi pada Isnin bahawa jumlah kemalangan maut yang melibatkan kenderaan berat kian meningkat. Pada 2015, sebanyak 34 kes dirakam, manakala pada tahun 2016, jumlah ini meningkat sebanyak 20.6 peratus kepada 41 kes.

"Memandangkan para pemandu kenderaan berat meluangkan banyak masa di jalan-jalan raya dan sering mempunyai jadual ketat, ia adalah lebih penting bagi mereka untuk mematuhi semua peraturan dan undang-undang jalan raya," dedah polis.

"Kenderaan berat, disebabkan saiznya, mempunyai kemungkinan besar untuk mengalami lebih banyak kerosakan dan kehilangan nyawa apabila terlibat dalam kemalangan," menurut Timbalan Komnder Polis Trafik, Penolong Pesuruhjaya Polis (AC) Devrajan Bala. "Melalui operasi sebegini, TP berharap untuk lebih membentuk peri laku para pemandu kenderaan berat untuk menjaga keselamatan para pengguna jalan raya yang lain." 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan