Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

30 pelajar dipilih sertai kumpulan pertama dalam Program Intern Belia Kebangsaan

30 pelajar dipilih bagi menyertai kumpulan pertama dalam Program Intern Belia Kebangsaan

Anggaran Waktu Membaca:
30 pelajar dipilih sertai kumpulan pertama dalam Program Intern Belia Kebangsaan

Pelajar menengah di Singapura. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 12 Mar 2015 07:05PM Dikemas Kini : 12 Mar 2015 07:07PM

SINGAPURA: Sekitar 30 pelajar dipilih bagi menyertai kumpulan pertama dalam Program Intern Belia Kebangsaan.

Program perintis yang dilancarkan tahun lalu itu akan membolehkan para remaja untuk berkhidmat kepada masyarakat dan menimba pengalaman praktikal di luar darjah.

Setiausaha Parlimen Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Low Yen Ling berkata, para remaja itu akan mempelajari amalan-amalan terbaik dari pelbagai kumpulan seragam.

Mereka juga akan mengongsi pengalaman intern itu bersama-sama dengan rakan-rakan sekumpulan mereka, di samping terlibat sama dalam projek-projek SG50 dengan kumpulan seragam masing-masing.

Kumpulan kedua akan diambil masuk dalam separuh kedua tahun ini.

Semasa membahaskan peruntukan bagi MCCY di Parlimen hari ini, Cik Low turut memberikan perkembangan terkini mengenai Kumpulan Belia yang dilancarkan pada tahun lalu.

Menurut Cik Low, lebih 200 belia dilatih dan dibimbing.

Mereka juga melancarkan pelbagai projek dalam bidang seperti pendidikan, keperluan khas dan sekitaran. 

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan