Images
  • cycling

3 video pendidikan dilancar bagi tingkat keselamatan kanak-kanak di jalan raya

SINGAPURA: Tiga video pendidikan dilancarkan hari ini (13 Nov) di majlis penutup usaha tahunan Shell untuk sekolah-sekolah rendah meningkatkan keselamatan di jalan raya.

Ini berikutan kenaikan tiga peratus kemalangan jalan raya melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.

Dari Januari hingga Jun tahun ini, terdapat 132 kes kanak-kanak cedera dalam kemalangan lalu lintas.

Ini berbanding 128 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Lantaran itu, tiga video ini mengajar kanak-kanak panduan keselamatan seperti pentingnya tidak lalai apabila menyeberang jalan dan untuk lebih waspada terutama di sudut-sudut yang menghadang penglihatan.

Setiausaha Parlimen Kanan bagi Pendidikan, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim yang menjadi tetamu kehormat majlis tersebut, menekankan pentingnya mematuhi undang-undang lalu lintas dan memainkan peranan menjadikan jalan raya kita lebih selamat. 

- CNA/RL/im

Top