Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 MOU dimeterai S'pura-Poland demi pertingkat kerjasama perniagaan

Presiden Tony Tan menyaksikan upacara memeterai tiga Memorandum Persefahaman bagi meningkatkan kerjasama antara perniagaan-perniagaan di Singapura dan Poland.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 May 2017 09:35PM Dikemas Kini : 22 May 2017 10:09PM

SINGAPURA: Presiden Tony Tan menyaksikan upacara memeterai tiga Memorandum Persefahaman bagi meningkatkan kerjasama antara perniagaan-perniagaan di Singapura dan Poland.

MOU itu melibatkan Agensi Perdagangan dan Pelaburan Poland dengan IE Singapore dan Persekutuan Perniagaan Singapura serta agensi penyelidikan A*STAR dan rakan sejawatannya dari Poland.

Ekonomi Poland dijangka berkembang lebih 3% tahun ini, berbanding tahun lalu.

Para wakil dari 14 syarikat Singapura berada di Poland untuk meneroka peluang-peluang bagi memanfaatkan pertumbuhan dalam pasaran negara itu.

Syarikat-syarikat tersebut adalah sebahagian daripada rombongan perniagaan yang dipimpin bersama IE Singapore dan Persekutuan Perniagaan Singapura.

Perkongsian baru ditandatangani antara masyarakat perniagaan Singapura dan Poland untuk meningkatkan kerjasama terutamanya dalam sektor pengilangan.

Syarikat sains hayat, SciMed berharap untuk mencari pengilang kontrak di Poland di mana kos perniagaan dikatakan lebih baik dan tahap pengeluaran yang tinggi.

Menurut Persekutuan Perniagaan Singapura pula, di tengah-tengah bertambahnya dasar perlindungan di negara-negara maju, syarikat-syarikat di Poland menjadi lebih terbuka untuk bekerjasama dengan perniagaan-perniagaan asing. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan