Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 lelaki diberkas dalam penipuan emas kedai pajak gadai

Tiga lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam penipuan emas kedai pajak gadai.

Anggaran Waktu Membaca:
3 lelaki diberkas dalam penipuan emas kedai pajak gadai

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 09 Oct 2016 07:15PM Dikemas Kini : 09 Oct 2016 07:17PM

SINGAPURA: Tiga lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam penipuan emas kedai pajak gadai.

Demikian menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini (9 Okt).

Polis menyatakan pihaknya menerima aduan pada Jumaat (7 Okt) berkaitan kes penipuan melibatkan gelang dan rantai emas palsu yang digadai.

Para pegawai dari Divisyen Ang Mo Kio kemudian menjalankan siasatan dan berhasil mengenal pasti identiti kesemua tiga suspek - yang berusia antara 34 dengan 40 tahun - yang kemudian diberkas.

Wang tunai berjumlah $5,350 dan beberapa gelang serta rantai emas palsu dirampas untuk dijadikan bukti, menurut polis, sambil menambah bahawa siasatan awal mendedahkan bahawa ketiga-tiga lelaki itu turut terlibat dalam kes-kes penipuan lain yang serupa di kedai-kedai pajak gadai di merata Singapura.

Suspek-suspek tersebut akan didakwa di mahkamah esok (10 Okt) atas kesalahan Menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Bab 224, yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun; dan juga boleh dikenakan denda.

"Polis menasihati para pemilik kedai pajak gadai supaya berwaspada terhadap muslihat yang serupa dan memeriksa serta memastikan identiti individu-individu yang memajak barang kemas di kedai mereka, termasuk penjaminnya," menurut kenyataan itu lagi.

"Para pemilik kedai pajak gadai juga digesa supaya menjalankan pemeriksaan rapi ke atas barang kemas yang dipajak sebelum meneruskan sebarang urus niaga."

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan