Images
  • clarke quay
    Sekitaran Clarke Quay semasa siang hari. (Gambar: Calvin Hui Yi Kai)

3 didakwa kerana merusuh di Clarke Quay yang sebabkan kematian seorang lelaki

SINGAPURA: Tiga lelaki didakwa di mahkamah hari ini (21 Apr) berhubungan insiden di Clarke Quay pada Ahad lalu (16 Apr) yang menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 32 tahun.

Fino Foo, Terence Tan dan Chen Wen Cai merupakan antara sembilan suspek, berusia antara 20 hingga 30 tahun yang ditangkap berkaitan insiden itu.

Para suspek menyerang Encik Jeffrey Tan Jun Jie, 32 tahun, Encik Lim Soon Leng, 28 tahun, dan Encik Xie Hui, 30 tahun, dengan batang besi pada 16 April. Demikian didedahkan dokumen-dokumen mahkamah.

Encik Jeffrey Tan kemudian meninggal dunia disebabkan kecederaan yang dialami semasa serangan itu.

Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan dalam satu kenyataan media semalam bahawa ia menerima panggilan meminta bantuan di 3E River Valley Road sekitar 4.13 pagi pada 16 April.

Lelaki itu dihantarkan ke Hospital Besar Singapura dan disahkan mati tiga hari kemudian iaitu pada Rabu (19 Apr) sekitar 9.58 pagi.

Tiga lagi suspek sudah didakwa di mahkamah berhubungan kes itu, juga dengan tuduhan rusuhan dengan senjata bahaya. Siasatan terhadap baki tiga lagi suspek sedang dijalankan, menurut SPF.

Jika didapati bersalah dengan tuduhan merusuh menggunakan senjata bahaya, suspek-suspek boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan dirotan. 

- CNA/ru

Top