Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 daripada 5 pekerja yang cedera dalam letupan di Bukit Batok dibenar keluar hospital

Syarikat itu sedang berbincang dengan ejen insurans mengenai tuntutan, tambah Encik Phang.

Anggaran Waktu Membaca:
3 daripada 5 pekerja yang cedera dalam letupan di Bukit Batok dibenar keluar hospital

Menteri Negara Tenaga Manusia Sam Tan menziarahi seorang pekerja yang cedera di Hospital Ng Teng Fong. (Gambar: Singapore Ministry of Manpower/Facebook)

Diterbitkan : 12 Sep 2017 11:15PM Dikemas Kini : 12 Sep 2017 11:16PM

SINGAPURA: Tiga daripada lima pekerja yang cedera selepas letupan di bangunan perindustrian di Bukit Batok pada Isnin (11 Sep) sudah dibenarkan keluar dari hospital, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) hari ini (12 Sep).

Seorang masih berada di Hospital Ng Teng Fong dan sedang "beransur pulih", kata Menteri Negara Tenaga Manusia Sam Tan dalam satu catatan di laman Facebook MOM.

Beliau menambah bahawa seorang lagi pekerja mengalami kelecuran peringkat kedua dan sedang dirawat di pusat kebakaran Hospital Besar Singapura.

Kesan letupan di Enterprise Centre memecahkan tingkap-tingkap dan menyebabkan sebahagian tembok runtuh di dalam sebuah unit di tingkat 11, yang dimiliki pengilang Perubatan Tradisional Cina ZTP Ginseng Birdnest.

Pengarah ZTP Ginseng Birdnest Phang Kwee San memberitahu Mediacorp bahawa para pekerja yang cedera termasuk empat wanita dan seorang lelaki.

Tiga daripada mereka adalah rakyat Singapura, dua warga Malaysia dan seorang warga China.

Para pekerja di Enterprise Centre diarahkan untuk berada di rumah sedang syarikat itu menilai keadaan di bangunan tersebut.

Mereka juga diberitahu mungkin boleh dikerahkan ke ibu pejabat syarikat tersebut di Tuas, tambah Encik Phang.

Beberapa pekerja di kawasan itu memberitahu Mediacorp bahawa mereka prihatin tentang tingkap yang berkecai dan belum lagi ditanggalkan.

Menurut Encik Phang, unit ZTP Ginseng Birdnest di Bukit Batok adalah di mana syarikat berkenaan menghasilkan barangannya.

Syarikat itu sedang berbincang dengan ejen insurans mengenai tuntutan, tambah Encik Phang. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan