Images
  • woodlands checkpoint
    Pusat Pemeriksaan Woodlands. (Gambar fail: Melissa Zhu)

3,000 pil Erimin-5, 260g 'Ice' bernilai $55,000 dirampas di Pusat Pemeriksaan Woodlands

SINGAPURA: Sebanyak 3,000 pil Erimin-5 dan 260 gram dadah 'Ice' bernilai $55,000 dirampas di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada malam Khamis (18 Mei).

Ini menurut kenyataan media bersama oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) hari ini.

Pada sekitar 10.45 malam semalam, seorang pegawai ICA memeriksa kereta berdaftar di Singapura, yang dipandu oleh lelaki rakyat negara ini berusia 33 tahun, dan menjumpai lima bungkus dadah terkawal di kompartmen sarung tangan.

Para pegawai CNB turut dimaklumkan dengan segera, dan mereka menjumpai satu lagi bungkus pil Erimin-5 dan tiga lagi bungkus dadah 'Ice' yang disembunyikan dalam kereta tersebut.

Siasatan masih diteruskan.

Di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, lelaki berkenaan boleh dikenakan hukuman mati jika jumlah dadah methamphetamine yang diedarkan melebihi 250 gram.

- BERITAMediacorp/im

Top
>