Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 warga tua dibunuh di flat Bedok Reservoir

Semua jalan masuk ke tingkat dua blok berkenaan dikepung apabila Mediacorp menziarahi tempat itu dan beberapa kenderaan polis dilihat berada di tempat kejadian.

Anggaran Waktu Membaca:
2 warga tua dibunuh di flat Bedok Reservoir

Flat terbabit dalam kes pembunuhan di Blok 717 Bedok Reservoir Road. (Gambar: Howard Law)

Diterbitkan : 21 Jun 2017 09:54PM Dikemas Kini : 21 Jun 2017 09:55PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 79 tahun dan wanita berusia 78 tahun ditemui maut dalam sebuah flat Bedok Reservoir pada hari ini (21 Jun).

Kes itu diisytiharkan sebagai pembunuhan.

Dalam satu kenyataan media, polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu sekitar 3.40 petang.

Lelaki dan wanita itu didapati terbujur apabila pihak polis tiba di sebuah flat di Blok 717 Bedok Reservoir Road.

Mediacorp difahamkan kedua-dua mangsa adalah pasangan suami isteri. Kedua-dua mereka disahkan maut oleh pasukan paramedik di tempat kejadian pada sekitar 4.00 petang, tambah polis.

Pihak polis dan para penyiasat forensik dilihat memasuki unit hujung di tingkat kedua itu.

Sekitar lima hingga enam orang, dipercayai para anggota keluarga mangsa, dilihat di bahagian tangga flat itu.

Semua jalan masuk ke tingkat dua blok berkenaan dikepung apabila Mediacorp menziarahi tempat itu dan beberapa kenderaan polis dilihat berada di tempat kejadian.

Siasatan sedang dijalankan.

Pihak berkuasa menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat untuk menghubungi hotline polis di talian 1800-255-0000 atau secara online. Semua maklumat akan dirahsiakan, tambah polis. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan