Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 tapak perumahan dilancarkan di Queenstown, Hougang

Penjualan dua tapak perumahan di Queenstown dan Hougang dilancarkan menerusi tender awam hari ini (20 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
2 tapak perumahan dilancarkan di Queenstown, Hougang

Tapak Stirling Road (kiri) dan Lorong 1 Realty Park dilancarkan oleh URA, 20 Apr. (Gambar: URA)

Diterbitkan : 20 Apr 2017 01:08PM Dikemas Kini : 20 Apr 2017 01:11PM

SINGAPURA: Penjualan dua tapak perumahan di Queenstown dan Hougang dilancarkan menerusi tender awam hari ini (20 Apr).

Demikian menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Sekitar 1,160 unit perrumahan mungkin dapat didirikan di dua bidang tanah yang terletak di Stirling Road dan Lorong 1 Realty Park itu - kedua-duanya dengan tempoh pajakan 99 tahun - menurut URA.

Tapak Stirling Road seluas 21,109.5 kaki persegi, yang dianggarkan boleh menempatkan 1,110 unit, pertama kali dimasukkan ke dalam Senarai Tanah Simpanan Pemerintah pada bulan Mac 2010.

Pada 10 April tahun ini, URA mengumumkan pihaknya menerima permohonan daripada sebuah syarikat pemaju supaya tapak itu dibuka bagi tender awam.

Pemaju itu komited membida sekurang-kurangnya $685.25 juta, menurut URA.

Sementara itu, menurut URA, tanah seluas 13,398.6 kaki persegi di Lorong 1 Realty Park - yang dianggarkan boleh menampung 50 unit rumah - dilepaskan untuk dijual menerusi Senarai yang Diluluskan bagi Program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) untuk separuh pertama 2017.

Tender bagi tapak di Stirling Road akan ditutup pada 18 Mei, sementara tender bagi Lorong 1 Realty Park akan ditutup pada waktu yang sama pada 1 Jun.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan