Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 Setiausaha Tetap baru angkat sumpah

Pelantikan baru mereka berdua diumumkan pada bulan Mei oleh Jabatan Khidmat Awam.

Anggaran Waktu Membaca:
2 Setiausaha Tetap baru angkat sumpah

Dua Setiausaha Tetap baru mengangkat sumpah di hadapan Presiden Tony Tan. (Gambar: MCI/ Kenji Soon)

Diterbitkan : 21 Jun 2017 07:50PM Dikemas Kini : 21 Jun 2017 07:52PM

SINGAPURA: Dua orang Setiausaha Tetap yang baru mengangkat sumpah jawatan di Istana hari ini (21 Jun).

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Presiden Tony Tan Keng Yam.

Mantan Ketua Angkatan Tentera Laut Republik Singapura, Encik Lai Chung Han, mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Tetap Kedua Pendidikan sementara Encik Png Cheong Boon mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Tetap Kedua Perdagangan dan Perusahaan.

Encik Png juga adalah CEO JTC Corporation, jawatan yang dipegang beliau sejak 2013.

Pelantikan baru mereka berdua diumumkan pada bulan Mei oleh Jabatan Khidmat Awam. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan