Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 rakyat S'pura didakwa atas kesalahan rasuah di luar negara

Dua rakyat Singapura didakwa di mahkamah pada Khamis (29 Jun) atas kesalahan rasuah di China bagi tempoh lebih tiga tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
2 rakyat S'pura didakwa atas kesalahan rasuah di luar negara

Pasangan adik-beradik Henry Teo Chu Ha (kanan) and Judy Teo Suya Bik yang didakwa di mahkamah. (Gambar: Robin Choo/TODAY)

Diterbitkan : 29 Jun 2017 04:40PM Dikemas Kini : 29 Jun 2017 04:44PM

SINGAPURA: Dua rakyat Singapura didakwa di mahkamah pada Khamis (29 Jun) atas kesalahan rasuah di China bagi tempoh lebih tiga tahun.

Judy Teo, 65, menghadapi 50 tuduhan kerana menerima ganjaran wang secara haram, yang bernilai sekitar 11.1 juta Renminbi (S$2.26 juta) dari Pengangkutan Jarak Jauh Shanghai (SLT) dan Feili International Transport dari April 2007 hingga Novemner 2010.

Wang tersebut diberikan sebagai ganjaran kerana dia membantu dua syarikat mendapatkan kontrak dengan Seagate Technology International, iaitu tempat di mana abangnya, Henry Teo Chu Ha, bertugas. Judy Teo memberikan SLT dan Feili maklumat rahsia yang diperolehi oleh abangnya, yang juga bertindak sebagai mantan Pengarah Kanan Logistik di Seagate.

Bagi peranannya, Teo, 68, didakwa dengan 50 tuduhan kerana bersubahat dengan adiknya untuk mendapatkan wang berkenaan secara haram dari SLT dan Feili serta berkongsi maklumat rahsia dengannya.

Pasangan adik-beradik itu didakwa di bawah Pencegahan Akta Rasuah dan Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenyaah Serius Lain (Perampasan Manfaat).

Adiknya juga didakwa dengan satu tuduhan bersubahat pada tahun 2012 dengan menggesa abangnya untuk menggunakan wang yang diperolehi dari urus niaga itu, yang bernilai S$703,480, untuk membeli unit kondominium bagi pihaknya.

Henry turut didakwa dengan satu tuduhan kerana "terlibat dalam susunan" dengan adiknya untuk mendapatkan unit kondominium di bawah namanya, dengan menggunakan wang yang diperolehi daripada urus niaga tersebut.

Rakyat Singapura yang melakukan tindakan rasuah di luar negara akan dibawa ke muka pengadilan oleh pihak berkuasa di Singapura di bawah Pencegahan Akta Rasuah, yang mempunyai kuasa di luar Singapura ke atas rakyat Singapura, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam kenyataannya.

Singapura mempunyai rangka kerja bagi kerjasama antarabangsa dengan agensi-agensi guaman, penguatkuasaan dan peraturan luar negara. Ia juga sudah bekerjasama dengan pihak berkuasa di China dan menerima bantuan berharga daripada mereka.

Biro berkenaan juga mengingatkan orang ramai bahawa Singapura mengambil pendekatan toleransi sifar terhadap rasuah dan memandang serius sebarang amalan rasuah dan jenayah. CPIB menambah bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sebarang pihak yang terlibat dalam rasuah.

Sumber : Today/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan