Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 peruncit didenda kerana jual e-basikal diubah suai secara haram

Pesalah berulang boleh didenda sehingga S$1,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Anggaran Waktu Membaca:
2 peruncit didenda kerana jual e-basikal diubah suai secara haram

2 peruncit didenda kerana menjual basikal elektronik yang diubah suai secara haram. (Gambar: LTA/Facebook)

Diterbitkan : 22 Jun 2017 06:59PM Dikemas Kini : 22 Jun 2017 07:00PM

SINGAPURA: Dua peruncit masing-masing didenda S$1,000 kerana menjual basikal elektronik yang diubah suai secara haram, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (22 Jun).

E-basikal itu diubah suai secara haram dengan pendikit (throttle) basikal yang membolehkannya mencecah kelajuan melebihi 35km/jam tanpa perlu dikayuh, tambah LTA dalam satu kenyataan media.

Ia mengenal pasti dua peruncit itu sebagai Lim Geok Kay dari Syarikat Teck Bee Brothers yang terletak di 220 Syed Alwi Road dan Chia Thuang Chiew dari CCP Trading di Blok 731 Yishun Street 72.

Walaupun basikal elektronik pada masa ini dibenarkan untuk digunakan di jalan raya, komponen pendikit tidak dibenarkan kerana ia membolehkan basikal itu beroperasi seperti motosikal, yang mana para penunggang perlu mendapatkan lesen, menurut LTA.

Ciri pendikit itu juga boleh disalahgunakan, dengan membolehkan basikal tersebut mencecah kelajuan lebih 25km/jam tanpa perlu dikayuh, menurut LTA, sambil menambah ia adalah satu risiko keselamatan.

Akta Lalu Lintas Jalan Raya dipinda awal tahun ini supaya seseorang boleh didakwa di mahkamah jika menjual basikal elektronik yang tidak mematuhi peraturan atau diubah suai secara haram.

Pesalah kali pertama boleh didenda sehingga S$5,000, dipenjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya.

Pesalah berulang boleh didenda sehingga S$1,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

LTA juga menggesa orang ramai yang terlihat basikal elektronik diubah suai secara haram untuk menghubungi pihak berkuasa di 1800-CALL-LTA (1800-2255-582) atau melalui emel di feedback [at] lta.gov.sg

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan