2 lelaki warga Bangladesh mengaku bersalah taja kegiatan pengganasan
Zzaman Daulat yang berusia 34 tahun dan Mamum Leakot Ali yang berusia 29 tahun pada awalnya tidak mengaku bersalah atas dakwaan tersebut di bawah Akta Pengganasan (Sekat Pembiayaan) (TSOFA).
SINGAPURA: Dua pekerja warga Bangladesh yang menjadi radikal mengaku bersalah hari ini (30 Ogos) atas tuduhan membiayai kegiatan pengganasan, setelah pada awalnya tidak mengaku bersalah atas dakwaan-dakwaan itu.
Zzaman Daulat yang berusia 34 tahun dan Mamum Leakot Ali yang berusia 29 tahun pada awalnya tidak mengaku bersalah atas dakwaan tersebut di bawah Akta Pengganasan (Sekat Pembiayaan) (TSOFA).
Ini membawa jumlah mereka yang didapati bersalah di bawah Akta baru itu kepada enam orang.
Pada Julai lalu, empat warga Bangladesh yang lain dijatuhi hukuman penjara antara 24 dengan 60 bulan kerana membiayai kegiatan pengganasan.
Ia adalah kali pertama seseorang disabit kesalahan di bawah Akta berkenaan.
Empat lelaki itu - Rahman Mizanur, Miah Rubel, Md Jabath Kysar Haje Norul Islam Sowdagar dan Sohel Hawlader Ismail Hawlader - mengaku bersalah pada Mei lalu atas satu atau dua tuduhan setiap seorang kerana menyediakan atau mengumpulkan beratus-ratus dolar bagi membiayai serangan pengganas di Bangladesh.
Matlamat mereka adalah untuk menggulingkan pemerintah negara itu.
Enam lelaki itu adalah sebahagian daripada sekumpulan lapan warga Bangladesh yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada April lalu.
Dua lelaki lain belum lagi didakwa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.