Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 lelaki Hong Kong dipenjara kerana tipu 4 kedai di sini

Atas kesalahan menipu, kedua-dua lelaki itu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki Hong Kong dipenjara kerana tipu 4 kedai di sini

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 22 Jun 2017 06:40PM Dikemas Kini : 22 Jun 2017 06:47PM

SINGAPURA: Dengan mendakwa bahawa jam tangan tiruan mereka sebagai jam tangan mewah dan tulen, dua lelaki dari Hong Kong menipu empat kedai di sini hampir S$19,000 dalam masa dua hari.

Pada Rabu (21 Jun), Cheung Siu Wa, 50 tahun dan rakan subahatnya Chow Chun Tung, 33 tahun, dijatuhi hukuman penjara 14 bulan kerana bersekongkol untuk menipu.

Kedua-dua lelaki itu tiba di Singapura dengan pas lawatan pada 15 Februari.

Ia adalah kali pertama mereka ke sini dan mereka juga membawa jam tangan tiruan berjenama Chopard dan Cartier - yang dibeli di Jepun dan Hong Kong - ke sini, dengan niat untuk menipu di kedai-kedai jam tangan.

Di Singapura, mereka mencari beberapa kedai jam tangan untuk melakukan penipuan itu.

Mereka juga menubuhkan kumpulan sembang Whatsapp dengan seseorang yang tidak dikenali untuk menyelaras rancangan mereka dan berkongsi maklumat mengenai kedai jam tangan yang disasarkan dan jenis jam tangan yang diterima kedai-kedai berkenaan.

Mereka dikenakan empat dakwaan secara keseluruhannya, dua daripadanya diteruskan dengan dakwaan tersebut.

Dua lagi dakwaan diambil kira semasa menjatuhkan hukuman, ia melibatkan kedai-kedai pusat beli-belah People's Park Complex dan The Bencoolen.

Dari 15 hingga 16 Februari, Cheung dan Chow menjual tiga jam kepada kedai-kedai itu pada harga S$9,400.

Atas kesalahan menipu, kedua-dua lelaki itu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda. 

Sumber : Today/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan